EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

All Together Now Malaysia Digantung, PU Syed Beri Komen Pedas!

0 month ago, 09-Jun-2021

Tular mengenai rancangan realiti All Together Now Malaysia yang terpaksa di gantung kerana di dakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini, PU Syed luah agar program tersebut digantung terus.

Program Yang Melalaikan Harus Digantung Terus

Program nyanyian popular ini mendapat perhatian juara Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri, bila mana rancangan realiti tersebut di gantung kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

IKLAN

Foto Instagram @_pusyed

Gatung terus program-program lagha, itu adalah terbaik buat semua stesen TV. Ujar PU Syed di Instagramnya

Perkongsian itu dibuat dengan memuatnaik screenshot foto dari Berita Harian, yang memaparkan mengenai isu penggantungan program All Together Now Malaysia di akaun Instagramnya hari ini.

Bagi pandangan PU Syed program-program yang melalaikan harus di gantung terus, kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada masyarakat secara umumnya.

Patutkah program seperti All Together Now Malaysia di gantung terus?

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...