EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Lari 66 tingkat dalam masa 1 jam, atlet tunggu keputusan Guinness World Records

0 month ago, 19-Nov-2020

Pelari menaranegaraSoh Wai Chingselesaidalamcubaan mengatasi rekodsemasa Guinness World Recordsuntuk cabaran pendakian tangga menegak terhebat dalam satu jam.

Soh, 26, atlet larianmenara nombor satu Asia itumenamatkan lariannya pada10 malam di Hotel Four Seasons di sini denganjarak larian menegakkeseluruhansejauh 1.295 kilometer (km).

Rekod dunia semasa dipegang David Robles Tapia dari Sepanyolyang mencatat 1.227 km dalam satu jam.

Bagaimanapunkeputusanpercubaan Soh itu kini ditelitipegawai Guinness World Records yang menjelaskan melalui panggilan video bahawamereka mungkin memerlukanmasasehingga dua harisebelumkeputusan rasmidikeluarkan.

Jelas pengadil Guinness World Records Swapnil Dangarikar, pihaknya akan meneliti rakaman (percubaan Soh) dan akan mengambil masa dua hari untuk membuat keputusan kerana perlu menganalisis rakaman itu secara terperinci.

Pada cabaran itu, Soh berlari hingga ke tingkat 66 bangunan itu dan mengambil lif untuk ke tingkat bawah, sebelum berlari semula ke atas berulang kali dari jam 9 hingga 10 malam.

Sukan larian menara adalah sukan melibatkan larian memanjat struktur binaan manusia.

Semasa ditemui pemberita selepas menamatkan larian berkenaan, Soh berkata beliau gembira dapat melakukannya dengan baik.

Saya gembira kerana berjaya mencatat masa yang baik tetapi sedikit kecewa kerana tidak dapat mencapai sasaran jarak peribadi saya pada 1.3 km dalam satu jam

Tambah Soh, dia merancang untuk melakukan larian di Menara Berkembar Petronas pada masa depan apabila pandemik COVID-19 reda. Untuk rekod, Soh kini merupakan pelari menara nombor dua dunia.



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...