EdisiViral.Com Search Guest Post Login

SMK Tinggi Kajang juara Piala Datuk Mokhtar Dahari 2019

0 month ago, 12-Jul-2019

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang muncul juara Piala Datuk Mokhtar Dahari (PDMD) 2019 selepas menewaskan SMK Seksyen 7 Shah Alam 3-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Arena, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), sebentar tadi.

Ia sekali gus menjadi kejuaraan ketiga buat SMK Tinggi Kajang dalam penganjuran kejohanan yang sudah masuk edisi keenam tahun ini.

Turun sebagai pasukan pilihan, SMK Tinggi Kajang bagaimanapun dipaksa bekerja keras pada separuh masa pertama apabila SMK Seksyen 7 mempamerkan aksi bertahan cukup baik menafikan setiap asakan pasukan kendalian Mohd Suhaiziey Fauzi itu.

Malah, pasukan yang turut dikenali dengan nama Kahisan itu juga terlepas peluang untuk berada di depan selepas Nur Nabil Nasrun gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-34.

Gol yang ditunggu SMK Tinggi Kajang hanya tiba pada minit ke-50 selepas Muhammad Lukman Hakim Mohd Azli bijak melambungkan bola melepasi penjaga gol, Rifqi Mifzal Tajuwid sebelum Muhammad Danish Haikal Haili menyumbat dua lagi gol pada minit ke-53 dan 56.

Hadiah dan piala kejuaraan disampaikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SMK Tinggi Kajang menjulang trofi sama pada edisi PDMD pada 2015 dan 2016.

Sementara itu, SMK Bandar Tasik Puteri meraih tempat ketiga menewaskan SMK Tengku Idris Shah 1-0 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

SMK Tinggi Kajang juara Piala Datuk Mokhtar Dahari 2019 Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com