EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tindakan Terbaru Pihak JAIS Terhadap Imam Yang Mandikan Pencvri Tabung, Buat Imam Itu Terkedu

0 month ago, 16-Jan-2022

Imam mandikan remaja curi tabung masjid dah letak jawatan Imam mandikan remaja curi tabung masjid dah letak jawatan

Imam terbabit dalam kontroversi memandikan remaja seperti jenazah selepas ditangkap cuba mencuri tabung masjid, sudah meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini setelah diminta berbuat demikian.

PETALING JAYA: Imam terbabit dalam kontroversi memandikan remaja seperti jenazah selepas ditangkap cuba mencuri tabung masjid, sudah meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini setelah diminta berbuat demikian.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Zawawi Ahmad Mughni, ketika mengesahkan perkara itu berkata, beliau sudah berhubung dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad mengenai tindakan wajar yang sudah diambil kepada imam berkenaan.

Saya baru berhubung dengan Pengarah JAIS dan beliau memaklumkan sudah mengambil tindakan wajar kepada imam berkenaan.

Saya kurang pasti tindakan terperinci tetapi saya diberitahu imam berkenaan sudah pun meletak jawatan, katanya kepada FMT.

Zawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis ketika mengulas tindakan imam berkenaan berkata, sebagai tokoh agama tempatan, individu bergelar imam atau nazir tidak sewajarnya menjatuhkan hukuman sendiri sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Sebagai imam atau nazir tidak sewajarnya memberi hukuman sebelum siasatan dilakukan. Patutnya kita beri keterangan kepada polis untuk selesaikan.

Tugas imam sebagai dai, beri nasihat dan bimbingan kepada individu yang bermasalah, bukan buat tindakan (menghukum) sendiri, katanya.

Remaja berkenaan, Daniel Iskandar, 19, dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Isnin lalu, tular video memaparkan seorang remaja dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap kerana mencuri tabung di Masjid Al Islahiah Kuang, Rawang pada jam 11.58 malam, 8 Jan lalu.

Dia turut dilumur dengan kapur barus oleh ahli pengurusan masjid dan diawasi oleh beberapa penduduk kampung berkenaan.

Kalangan warganet menyokong tindakan pengurusan masjid itu sebagai pengajaran kepada remaja berkenaan. Bagaimanapun, ada warganet berpendirian pihak masjid tidak menghormati undang-undang dengan melayan remaja itu sedemikian.

Datuk kepada remaja yang tular dan dimandikan seperti jenazah kerana mencuri tabung masjid, Rosli Sidek, mengakui meminta Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah Kuang untuk membuat laporan polis terhadap cucunya itu.

Rosli turut tidak menafikan dakwaan mengenai remaja tersebut mencuri wang persediaan neneknya untuk menunaikan umrah berjumlah RM2,000 seperti yang tular di media sosial.

Selepas SPM dia bekerja sendiri, macam-macam kerja termasuk mengikut ayahnya pergi ke laut. Dia memang pernah mencuri dan mengancam keluarga.

Duit nenek dia untuk pergi umrah sebanyak RM2,000 dia pernah ambil. Dia juga pernah ambil moto Honda saya untuk dijual, tetapi kejiranan di sini dapat tahu, katanya menerusi temubual bersama portal MalaysiaGazette.

Kata Rosli lagi, dia berterima kasih kepada AJK masjid kerana membawa cucunya ke muka pengadilan dan tidak menyesal di atas tindakannya itu.

Saya tidak menyesal, kerana kalau tidak kerana ini (tular), semuanya tidak akan terungkap. Saya bersyukur kerana pihak masjid bertanggungjawab dan mengambil berat tentang cucu saya, yang saya sendiri tak dapat kawal.

Saya berterima kasih sangat kepada pihak masjid. Insya-Allah cucu say aini diberi peluang untuk masa depan dia.

Kalau nak harapkan saya, memang apa yang saya boleh buat?Makan minum saya sendiri pun dibantu.

Macam saya nisetiap yang hidup pasti akan mati, tapi dia akan menempuh perjalanan yang lama lagi, katanya sebak.

Dalam pada itu, Rosli turut mengesyaki cucunya terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Saya rasa dia baru terlibat dengan dadah, tetapi dia bukan penagih tegar. Jadi mungkin sebab itu dia gagal mengawal dirinya, ujar Rosli.

: buletin3.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

: newzstuff.com



SUMBER : transformasi.pw



Live Website Traffic


loading...