EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tindakan diambil jika langgar SOP, tak kira siapa termasuk anak saya. -Ismail Sabri

0 month ago, 09-Jun-2021

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu program yang menghimpunkan 50 orang juri dalam satu-satu masa.

Antara yang terlibat adalah anak kepada Menteri Kanan Keselamatan (MKN) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Gadaffi Ismail Sabri atau mesra disapa Dafi.

Penyanyi tersebut teruk dikecam netizen di media sosial sehingga ada yang menuduh yang dia kebal dari dikenakan tindakan berikutan anak menteri.

Menjawab soalan tersebut, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sumber Malaysiakini memaklumkan tidak ada sebarang double standard kerana tiada yang akan terlepas dari tindakan undang-undang jika melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menjalankan siasatan, tiada siapa yang boleh terlepas daripada undang-undang.
Tindakan akan diambil jika ada yang melanggar SOP, tidak kira siapa mereka, termasuk jika itu anak saya, katanya.

Beliau berkata demikian susulan Dafi yang juga merupakan antara salah seorang daripada 50 juri dalam All Together Now Malaysia didakwa tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan bagi membendung penyebaran Covid-19.

Walau bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali, tiada sebarang kerta siasatan dibuka kerana program tersebut telah lama dirakam iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) sekitar Mac dan April tempoh hari.

: Malaysiakini



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...