EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Tiket konsert M Nasir 'sold out', penganjur tambah sehari lagi

0 month ago, 12-Oct-2019

KONSERT M Nasir Satu Hikayat - 40 Tahun Perjalanan yang akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 23 November ini ditambah sehari lagi apabila tiket pada malam pertama habis dijual.

Penganjur, Shiraz Project Sdn Bhd menambah konsert itu untuk sehari lagi pada 24 November berikutan menerima permintaan tinggi peminat penyanyi legenda itu.

M Nasir berkata, peminat mungkin sudah lama tidak menyaksikan konsert solonya menyebabkan mereka meminta tambahan persembahan.

Alhamdulillah, atas perminat peminat persembahan ditambah sehari pada 24 November depan, katanya.

Menurut M Nasir, ia masa terbaik untuk mereka mendapatkan tiket tambahan yang mula dijual Isnin ini.

Maklumat mengenai tiket sila layari www.myticket.asia dengan sebanyak 2,800 tempat duduk disediakan.

Saya akan memberikan persembahan terbaik bagi menyusuri 40 tahun perjalanan muzik dalam satu hikayat, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...