EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tidur lagi penting, pemandu Audi pulang ke rumah untuk sambung tidur selepas keretanya terjatuh ke dalam sungai

0 month ago, 15-Sep-2020

Satu insiden kemalangan yang agak pelik berlaku pada pagi 14 September lalu, di mana sebuah kereta jenis Audi dilaporkan terjatuh ke dalam sungai.

Kejadian itu berlaku di Seremban, Negeri Sembilan apabila pemandu kereta tersebut difahamkan terlelap ketika memandu.

Ia berlaku sekitar jam 5 pagi, di mana pemandu berkenaan sebenarnya dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Youtube | Oriental Daily News Malaysia

Setelah keretanya terjatuh ke dalam sungai, pemandu itu kemudiannya tersedar namun dia tidak terus melaporkan perkara itu ke balai polis berhampiran.

Sebaliknya, dia pulang ke rumah untuk menyambung kembali tidurnya. Kejadian itu hanya disedari pada jam 7:50 pagi oleh pekerja di restoran berhampiran.

Perkara itu diberitahu oleh seorang pelanggan restoran terbabit dan pekerja itu kemudiannya segera menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Youtube | Oriental Daily News Malaysia

Tidak lama kemudian, anggota bomba pun tiba di lokasi kejadian dan tidak berjaya menemukan pemandu kereta Audi berkenaan.

Mereka kemudian menerima maklumat bahawa pemandu tersebut kini sedang berehat dan berada di rumahnya.

Menurut pemandu tersebut, dia sangat mengantuk pada ketika itu. Setelah keretanya terjatuh, dia hanya mahu menyambung tidurnya.

Dan dia juga bercadang untuk melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa sebaik sahaja dia bangun daripada tidur.

Mujurlah pemandu itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Ingat, jika mengantuk ketika memandu, rehat dahulu ya. Jangan teruskan pemanduan!

Tidur lagi penting, pemandu Audi pulang ke rumah untuk sambung tidur selepas keretanya terjatuh ke dalam sungai Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...