EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

KKM tidak tolak adakan PKPD atau PKP secara lokal jika kes baharu meningkat

0 month ago, 23-Jul-2020

Dalam sidang media perkembangan Covid-19 di Malaysia yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datu kDr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan berkenaan status terkini pendemik itu di negara ini.

Pada hari ini, 9 kes baharu disahkan positif dilaporkan dan hal ini memperlihatkan sedikit penurunan daripada hari-hari sebelumnya selepas kes bertambah kepada 2 angka kembali.

Terkini #covid19malaysia, 23 JulaiKes sembuh= 8Jumlah kes sembuh= 8,574Kes positif= 9(kes import=3, kes

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA onThursday, July 23, 2020

Namun begitu, jumlah kes tempatan yang dilaporkan sedikit membimbangkan sehingga membuatkan ramai pihak risau akan berlakunya gelombang kedua pendemik tersebut di Malaysia.

Susulan daripada itu, pihak KKM tidak menolak kemungkinan andai Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat (PKPD) dan juga Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilakukan secara lokal jika ada kes baharu terus meningkat di kawasan tersebut.

KKM tidak menolak kemungkinan mengadakan PKPD atau PKP secara lokal jika kes baharu terus meningkatkan di kawasan

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA onThursday, July 23, 2020

Oleh itu, pihak KKM akan menggunakan strategi tertumpu untuk saringan Covid-19 kumpulan berisiko tinggi bagi membendung penularan pendemik ini kembali berlaku.

Sehubungan dengan hal tersebut, Dr Noor Hisham meminta agar rakyat Malaysia terus mematuhi SOP dan melakukan penjarakkan sosial bagi mengelakkan berlakunya gelombang kedua.

: KKM


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...