EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tidak Perlu Ujian Saringan C0VID-19 Untuk Ke Langkawi Khairy Jamaluddin

0 month ago, 13-Oct-2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan individu yang ingin ke Langkawi tidak perlu lagi membuat saringan ujian pengesanan C0VID-19 bagi pelancong ke Langkawi.

Pemberhentian keperluan menjalani ujian oleh pengembara ke Langkawi ini berkuatkuasa mulai Selasa, katanya.

Menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira peratus pelancong yang dikesan positif C0VID-19 semasa saringan yang sangat rendah.

Bagaimanapun, kata beliau, syarat wajib vaksinasi C0VID-19 lengkap bagi semua pelancong dewasa masih kekal dan mesti dipatuhi.

Bagi individu disahkan positif dan sedang dalam tempoh pengasingan dan pemantauan atau individu dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif yang sedang menjalani perintah kuarantin dan pengawasan, mereka tidak dibenarkan melancong.

Untuk mereka yang mengalami gejaIa seperti demam, batuk dan selsema, dinasihatkan agar menangguhkan dahulu perjalanan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi bermula 16 September lalu, setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bukan kes positif C0VID-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif diwajibkan menjalani ujian pengesanan C0VID-19.

Ia sama ada melalui ujian pengesanan RT-PCR atau RTK-Antigent di mana-mana fasiliti dan makmal kesihatan swasta atau melakukan ujian kendiri air liur di tempat saringan di lapangan terbang atau terminal feri.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga 10 Oktober lalu, seramai 54,341 pelancong menjalani ujian pengesanan C0VID-19 dan hanya 216 atau 0.4 peratus pelancong dikesan positif.

Hanya seorang pelancong mengalami gejaIa semasa di Langkawi dan didapati positif C0VID-19 melalui ujian RT-PCR. Siasatan mendapati punca jngkitan bukan di Langkawi. Tiada kluster C0VID-19 berpunca daripada gelembung pelancongan di Langkawi, jelasnya.

Sementara itu, beliau menegaskan, Keluarga Malaysia mesti bertanggungjawab dalam usaha mencegah penuIaran jngkitan C0VID-19, malah kerajaan dan seluruh petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan melakukan terbaik untuk merawat dan mengawal penuIaran jngkitan di dalam negara.

Setiap individu yang akan melakukan perjalanan rentas negeri disarankan menjalani ujian C0VID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan bagi melindungi diri dan seluruh Keluarga Malaysia daripada jngkitan C0VID-19. Pastikan langkah-langkah pencegahan sentiasa diamalkan, katanya. – dipetik dari Xtra, Utusan Online

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...