EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tidak Perlu Darurat Buat Masa Ini, Kerajaan Ada Kuasa Mencukupi Untuk Membendung Covid-19

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Malaysia tidak perlu diletakkan di bawah darurat buat masa ini kerana kerajaan mempunyai kuasa mencukupi untuk membendung Covid-19.

Menurutnya, kerajaan boleh menangani penularan Covid-19 dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya, justeru proklamasi Darurat tidak diperlukan.

Tidak ada kekurangan kuasa, (kerajaan) kuasa cukup kerana di Malaysia, rakyat kita patuh kepada kerajaan. Tidak seperti di Eropah, Amerika Syarikat yang mana rakyat bantah kalau ada sekatan apa-apa. Kalau ada lockdown mereka bantah.

Tetapi di Malaysia suruh lockdown, kita lockdown. Suruh jangan bergerak, kita tidak bergerak, duduk di rumah, kita duduk di rumah, adalah dua tiga orang yang bantah tetapi tindakan boleh diambil terhadap mereka.

Pendapat saya, kita boleh buat segala usaha untuk kurangkan perkembangan (penularan) Covid-19, katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan platform pemasaran Herbee di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, semua pihak juga tidak tahu setakat mana pengisytiharan darurat itu boleh mengikat rakyat daripada bergerak.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa telah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos ini atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif pandemik Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu pada Isnin.

kredit sinar harian



SUMBER : karteldakwah.com



Live Website Traffic


loading...