EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tidak malukah kita jika #MuafakatNasional runtuh - Nik Abduh

0 month ago, 24-Nov-2021

 


Seorang ahli jawatankuasa pusat PAS menggesa partinya jangan biarkan Muafakat Nasional gagal kerana perselisihan antara pemimpin.

Katanya, tidak kah PAS yang sanggup bersama DAP selama tujuh tahun akan malu sekiranya membiarkan api sesama pemimpin meruntuhkan MN, yang diasaskan bersama Umno pada 2019.


Tidak malukah kita pada Allah, jika tidak mahu malu pada diri sendiri dan pada rakyat, dengan membiarkan api kepanasan mara dan marak sesama pemimpin yang boleh menyebabkan MN runtuh dalam tempoh singkat? kata Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, di Facebook.

Pendirian ini menyusuli kemenangan bergaya Umno tanpa PAS pada PRN Melaka baru-baru ini.



PAS, yang menyertai PRN Melaka bersama Bersatu, tewas di semua kerusi yang ditandingi.

Gandingan BN-PAS menyaksikan kemenangan bersiri gabungan itu pada beberapa PRK selepas PRU14.

Ia perjanjian yang diberkati Allah, kata Nik Abduh, ia menyatukan dua kumpulan besar umat Islam yang bertelagah sejak puluhan tahun.


Nik Abduh juga menyoal apakah wajar dua parti Melayu-Islam terbesar itu kembali berseteru

Bukan diri saya namanya jika tidak bersedia memadamkan segala kebodohan ini, katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, menyambut baik teguran Nik Abduh itu.

Tidak sombong jauh sekali mengeluarkan kata-kata berbaur angkuh dan bongkak, katanya.

Selepas pertembungan dengan Umno di Melaka, akar umbi PAS dilaporkan mahu parti itu kekal bersama Umno dalam MN.




SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...