EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Tidak makan untuk tempoh panjang punca kematian Nora Anne

0 month ago, 15-Aug-2019

Assalammulaikum dan selamat sejahtera.

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan kehilangan seorang gadis dari Ireland yang berumur 15 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 4 Ogos, sehari selepas keluarga itu mendaftar masuk untuk percutian dua minggu di resort The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan.

SEREMBAN 13 OGOS 2019. Poster wajah seorang remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu ditampal di sekitar kawasan kedai berhampiran di sebuah resort di Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.

Mayat remaja Ireland itu ditemukan selepas 10 hari dilapor hilang oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat berkeadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah.

Pengesahan identiti mayat itu dilakukan selepas pengecaman oleh ahli keluarga remaja malang itu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Keluarga Nora Anne tawar ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang dapat salur maklumat bantu kesan Nora Anne.

Hasil bedah siasat terhadap mayat Nora Anne Quoirin, mengesahkan remaja itu mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh panjang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, remaja warga Ireland itu meninggal dunia dalam tempoh dua ke tiga hari sebelum mayatnya, ditemui 1.57 tengah hari kelmarin.

Hasil bedah siasat oleh pakar patologi yang memakan masa 10 jam semalam mendapati Nora Anne mati dalam masa dua ke tiga hari sebelum ditemui.

Punca kematian adalah disebabkan kebocoran usus kerana tiada makanan dalam tempoh panjang dan stress (tekanan) yang berpanjangan,” katanya ketika sidang media di Seremban, hari ini.

Katanya lagi, terdapat juga kesan calar kecil pada kaki mangsa, tetapi ia tidak menjurus kepada kematiannya.

Hasil bedah siasat juga mendapati tiada kesan dirogol. Tiada juga elemen dilarikan atau diculik, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, pada 4 Ogos lalu.

Mohamad berkata, beberapa sampel daripada tubuh Nora Anne diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Mengulas mengenai pejabat pendakwa raya Perancis yang membuka siasatan jenayah terhadap kes Nora Anne, beliau berkata, tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, pihak Perancis, Ireland dan United Kingdom terbabit dalam membantu siasatan kes ini, katanya.

: metro


SUMBER : denaihati.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com