EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Bayi Tidak Ada Kelemumur Tetapi Kulit Kelapa Berkuping. 7 Langkah Cara Membersih Kulit Kepala Bayi Buat Yang Baru Bergelar Mama!

26 month ago, 26-May-2017

Kulit bayi begitu sensitif bagi enam bulan pertama kelahirannya. Pelbagai masalah dialami oleh bayi termasuk masalah kerak di kulit kepala. Bagaimana untuk mengatasinya? Jom ikuti panduan untuk mengatasi permasalah kulit kepala bayi berkuping.

Masalah kulit kepala berkuping (craddle cap) kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan dan lazimnya terjadi kepada bayi yang memiliki rambut nipis.  Ia terjadi seakan keadaan kelemumur.

Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Permasalah ini juga dikenali sebagai kerak kepala sangat menganggu, kerana selain penampilan bayi tidak menarik, kerak tersebut menyebabkan bayi jadi gelisah, gatal dan bau kepala yang kurang menyenangkan.  

Tetapi dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala itu boleh menjadi radang atau mendapat infeksi. Biasanya rawatan mengunakan krim anti fungus. Bagi kes kerak kepala yang minor cukup sekadar mengunakan minyak dan membasuhnya dengan cecair pembersih.

Kerak kepala muncul kerana pengeluaran minyak di bahagian kepalanya yang kemudian akan mengering dan mengelupas. Ada juga pendapat mengatakan bahawa hormon yang diterima bayi dari ibunya diakhir kehamilan  berlebihan sehingga mengakibatkan masalah tersebut.

Cara membersihkan kerak di kulit kepala bayi

1.Sediakan minyak atau krim anti kerak kepala, berus rambut bayi dan tuala kecil.

2.ak sedikit minyak pada tuala kecil sebelum menggosokkan pada kepala bayi.

3.Lakukan secara perlahan dan lembut untuk mengelak kulit kepala bayi luka atau melecet.

4.Biarkan minyak itu meresap di kepala bayi minimum selama 15 minit sehingga 1 jam. (Dalam tempoh itu biarkan bayi anda bermain dengan permainan kesukaannya).

5.Selepas tempoh itu, dengan menggunakan berus khas bayi, gosoklah pada bahagian kerak kepala yang telah disapukan minyak tadi. Buat gosokan secara bulatan berulang kali secara lembut. Hati-hati, kulit kepala bayi masih lembut.

6.Setelah itu, basuh rambut bayi menggunakan air untuk mengeluarkan kerak kepala yang masih melekat pada rambut nipis bayi. Untuk lebih berkesan  gunakan sedikit syampu atau sabun bayi dan tuala basah untuk mengeluarkan sisa-sisa kerak kepala bayi anda.

7.Selepas kepala bayi dikeringkan, sapukan sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun untuk melebatkan rambut bayi anda. Ia seakan menjadi minyak rambut bayi anda. Lakukan pembersihan lagi jika kerak masih ada keesokan harinya. Lakukan dua kali sehari semasa waktu bayi mandi.
 

Layari laman web


SUMBER : majalahpama.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com