EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PKP Tidak Akan Dilaksanakan, Sekatan Pergerakan Keluar Dan Masuk Mungkin

0 month ago, 12-Jan-2022

Kerajaan memberi jaminan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula walaupun masih lagi berdepan situasi penuIaran C0VID-19 termasuk varian 0micron.

Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menolak kemungkinan untuk mengambil langkah lebih ketat termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk daripada lebih banyak negara.

Menurut beliau, ketetapan itu mungkin dilakukan sekiranya ada negara didapati berisik0 tinggi.

Beliau memaklumkan, ia mengambil kira pembentangan dilakukan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa sebanyak 245 kes 0micron telah disahkan di Malaysia.

Katanya, sebahagian besar kes jngkitan daripada varian itu masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.

Penting untuk saya tegaskan, pendekatan melaksanakan PKP secara besar-besaran seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula.

Ini ke arah usaha kita bersiap sedia untuk masuk ke fasa transisi endemik yang sepatutnya diumumkan awal tahun ini.

Namun begitu, kita terpaksa tangguh kerana pemantauan terhadap 0micron dan pada masa sama, melihat kepada kesan bncana banjir baru-baru ini serta kluster pengembara yang pulang dari luar negara, katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ke-11 Menteri Kuartet C0VID-19, hari ini.

Terdahulu, Dato’ Seri Hishamuddin mengadakan Mesyuarat Menteri Kuartet C0VID-19 bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Khairy Jamaluddin; Menteri Kesihatan, Menteri Manusia, Datuk Seri. M. Saravanan; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Nor Hisham Abdullah.

Mengulas laporan mengenai varian baharu deltacron, Dato’ Seri Hishammuddin berkata, masih terlalu awal untuk membuat rumusan mengenai penemuan varian tersebut.

Buat masa ini, katanya, varian 0micron dilihat tidak memberi kesan begitu serius kepada kesihatan individu tetapi menuIar dengan dhsyat.

Kita lihat jngkitan sehingga 100,000 di negara-negara Eropah dan 500,000 di Amerika Syarikat.

Kita banyak bersandarkan daripada laporan Kementerian Kesihatan (KKM) tentang kesan kepada sistem kesihatan kita, asalkan tidak membawa tekanan kepada hospital dan unit rawatan rapi (ICU), saya rasa tak membimbangkan.

Namun, kita banyak bergantung kepada apa yang dinasihatkan dan apa yang dipantau KKM, jelas beliau. – dipetik dari MYKMU, UTV

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...