www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


JDT tidak mahu digelar lagenda

3 month ago, 12-Jul-2018


Pemain JDT menunjukkan isyarat lima ketika meraikan kejayaan muncul juara Liga Super buat kali kelima berturut-turut selepas mengalahkan Perak 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.

GELARAN lagenda tidak mahu diterima Kelab Bola Sepak Johor Darul Tazim (JDT) kerana fokus pasukan itu hanyalah untuk berjaya dalam semua aspek dan bukanya mengejar nama.

Jika diikutkan, kejayaan seperti menjulang trofi Liga Super buat lima musim berturut-turut, menjuarai saingan Piala AFC pada tahun 2015 dan beberapa piala domestik lain semestinya sudah cukup menyifatkan yang JDT bukan sebarangan kelab di rantau ini.

Menurut pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, fokus utama pasukannya adalah hanya mahu menjadi sebuah kelab yang berjaya dalam semua aspek tidak kira dalam mahupun luar padang.

Lagenda? kami bukan lagenda, legenda itu adalah pasukan Selangor, Kedah dan Pahang. Kami hanyalah pasukan kerdil dengan cita-cita yang besar.

Saya tidak suka orang memanggil kami dengan status lagenda. Jikalau hendak dikirakan legenda, Nottingham Forest pun kelab lagenda. Kami hanya mahu jadi kelab yang berjaya dalam semua aspek, katanya menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.

Pada masa sama, berkenaan kemaraan pasukan selatan tanah air itu selaku pasukan pertama dari Malaysia yang berjaya bermain dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan, Tunku Ismail berkata, dirinya hanya mahu bersikap realistik.

Jelasnya, meskipun kejayaan beraksi dalam pentas bolasepak paling elit di Benua Asia itu merupakan sesuatu perkara yang besar, soal kemenangan bukan menjadi satu objektif namun tetap akan memberikan saingan terbaik.

Dalam Kejohanan ACL 2019 nanti, JDT berkemungkinan akan mengalami kekalahan teruk, mungkin 6-0, 7-0, 8-0, ataupun sekadar seri. Saya tidak nampak soal kalah atau menang dalam kejohanan ini, tetapi apa yang saya boleh nampak adalah JDT berada di dalam ACL.

Untuk kelab kerdil seperti JDT ini layak ke kejohanan tersebut, ia adalah merupakan satu pencapaian yang tertinggi. Muktamad, katanya.

JDT tidak mahu digelar lagenda Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts