EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tidak Berniat Meniru Mana-Mana Rekaan Pembungkusan Facial Wipe, SimplySiti Buat Permohonan Maaf

0 month ago, 25-Nov-2021

Jenama produk kecantikan dan kosmetik SimplySiti yang diasaskan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil membuat permohonan maaf berikutan salah faham yang timbul berkaitan dengan produk terbaru mereka, tisu pembersih muka yang dikatakan telah meniru rekaan salah satu jenama tempatan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan syarikat SimplySiti, pihak mereka telah mengambil serius mengenai isu terbabit dan menjelaskan bahawa mereka tiada niat untuk meniru mana-mana jenama produk lain.

Advertisement

Dakwaan itu muncul setelah beberapa pengguna media sosial mengenal pasti plastik pembungkusan tisu muka itu hampir sama dengan produk yang dikeluarkan oleh syarikat Kayman Beauty.

Ia sekaligus menjadi tular dan ramai netizen telah meminta agar pihak yang terlibat dalam reka bentuk pembungkusan SimplySiti tampil membuat kenyataan mengenai isu itu.

Almost 90% sama ???? nama brand dgn susunan tulisan and gambar je beza ? pic.twitter.com/efVhVy7Oip

ikasuhaimi | KAYMAN | ZARZOU CHERAS (@ikasuhaimi) November 22, 2021

Sehubungan dengan itu, pihak SimplySiti berharap agar segala kekeliruan dan salah faham yang terjadi antara mereka dan Kayman Beauty dapat diselesaikan denga cara baik.

Tindakan SimplySiti untuk tampil memperjelaskan isu sebenar dan membuat permohonan maaf secara rasmi ternyata telah meraih pujian daripada netizen kerana disifatkan sebagai profesional dan patut menjadi contoh kepada jenama tempatan yang lain.

Siti Nurhaliza
6 hari lalu

"Anugerah Ini Penyuntik Semangat Saya Untuk Terus Berikan Yang Terbaik" - Siti Nurhaliza

Tidak Berniat Meniru Mana-Mana Rekaan Pembungkusan Facial Wipe, SimplySiti Buat Permohonan Maaf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...