EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tiada tekanan

0 month ago, 11-Jan-2020

PENGENDALI Felda United (FU), Mohd Nidzam Jamil mengakui tidak tertekan walaupun kehilangan sebilangan besar tonggak berpengalaman bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2020 yang bakal bermula penghujung Februari ini.

Jelas Nidzam, skuad kendaliannya musim ini diperkuatkan dengan hampir 60 peratus anak peneroka yang berasal dari Felda di seluruh negara bagi mengibarkan cabaran skuad The Fighters.

Kita akui Felda tahun ini lebih ramai pemain muda disebabkan oleh beberapa perkara dengan kawalan ekonomi oleh pengurusan pasukan.

Perkara paling penting, kita cuba selesaikan dulu masalah hutang (tunggakan gaji) sebelum ini dan secara berperingkat kita dah berjaya selesaikan hampir 80 peratus ke 90 peratus dan kita akan bekerja dalan bajet yang ada.

Saya percaya ini cabaran yang terbaik buat saya dan pasukan untuk lalui dan tiada apa yang mustahil buat kami walaupun tanpa khidmat pemain lama, katanya ketika ditemui pada majlis Sumbangan Felda United Kepada Projek Kayuhan Anak Syurga di Stadium Mini Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), hari ini.

Nidzam yang mula mengambil alih pasukan pada musim lalu daripada B Sathianathan berjaya memastikan kelab itu kekal bersaing dalam Liga Super selepas menamatkan kedudukan di kelompok 10 terbaik musim lalu.

Bagaimanapun, musim ini skuad itu terpaksa melepaskan tonggak berpengalaman seperti Hadin Azman, Christie Jayaseelan, S Chanturu dan Norazlan Razali yang mencari haluan baru musim ini.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...