EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tiada niat singgung perasaan - Fiza CJ Wow Shop

0 month ago, 23-Mar-2020

PENGACARA CJ Wow Shop, Fiza Frizzy meminta maaf sekiranya mengguris hati penonton apabila mencadangkan mereka membeli vakum yang dijual sistem beli-belah dalam talian itu menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hari ini.

Fiza berkata dia hanya memberi cadangan penonton membeli produk itu memandangkan kebersihan adalah sangat penting pada situasi penularan wabak Covid-19 sekarang dan tiada unsur paksaan atau kurang sensitif dengan keadaan sekarang.

Pertama sekali, saya ingin minta maaf sekiranya apa yang saya cakap sewaktu siaran langsung program itu membuatkan orang kecil hati. Jujur dikatakan saya bukannya kurang sensitif sebaliknya cuba memberi cadangan bernas.

Saya tahu wang KWSP banyak kegunaan lebih penting dan saya cuma cadangkan penonton menggunakan wang tambahan itu untuk membeli vakum demi menjaga kebersihan. Kita pun tahu kebersihan di rumah sangat penting sekarang dan bukan sekadar mencuci tangan saja.

Tentu sekali ada golongan pembeli yang memerlukan peralatan seperti vakum ketika ini. Tiada paksaan pun disebabkan itu semua bergantung kepada keputusan mereka sendiri bagaimana mahu belanjakan wang KWSP berkenaan, katanya.

Fiza bagaimanapun terkilan dengan tindakan seorang pengikutnya di Instagram yang meluahkan rasa tidak puas hati dan cuba memburukkan keadaan serta namanya disebabkan perkara itu.

Saya cuba meminta maaf dengan individu berkenaan namun dia terus menyerang saya bertubi-tubi. Walhal, kalu ikutkan saya sudah meminta maaf dengannya secara peribadi.

Apabila dia memuat naik mengenai isu ini di laman sosial, saya cuba berbincang secara baik dengannya untuk memadam perkongsian itu. Ini disebabkan, dia sendiri mengaku tidak berniat mahu memburukkan saya tapi hakikatnya masih tidak berpuas hati, katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu sidang media berkata ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2.

Bagaimanapun, pengeluaran masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Pengumuman itu disambut baik rata-rata semua rakyat negara ini terutama bagi mengurangkan bebanan kewangan berikutan Covid-19.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...