EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tiada Lagi Rahsia! Jai Suami Abby Abadi Buka Cerita Sebenar Norman Hakim

0 month ago, 11-May-2022

 

Sudah ramai yang tahu hubungan pelakon Abby Abadi dan bek4s suaminya Norman Hakim masih baik walaupun telah bercer4i.

Enggan cepat melat4h, suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria menganggap hubungan antara isterinya dengan bek4s suami iaitu Norman Hakim tidak melamp4ui batas.

Faizal atau mesra disapa Jai berkata, dia juga tidak pernah berasa cembvru dengan keakraban hubungan kedua-duanya.

Kami yang berada dalam circle ini tahu apa yang berlaku. Jika ada gurauan antara Abby dan Norman, itu adalah perkara normal. Saya juga tidak pernah rasa cemburu.

Orang yang memberi komen itu hanya mahukan perhatian. Saya dan Abby hanya tersenyum apabila membacanya, katanya ketika dihubungi mStar.

Jai diminta mengulas tentang komen jah4t netizen yang menuduh Abby cuba mendekati Norman semula gara-gara memuat naik foto menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama.

Dalam pada itu, Jai berkata, dia dan isteri tidak mengambil serius tentang komen neg4tif netizen kerana mereka lebih memberi fokus terhadap masa depan anak-anak.

abby abadi 1

Keluarga besar Norman Hakim.

Bagi Jai, baik Abby dan Norman, masing-masing kini sudah mempunyai kehidupan peribadi sendiri dan bahagia bersama keluarga mereka.

Jika nak fikirkan masalah komen netizen ini secara serius, masalah tidak akan selesai. Jadi biarkanlah mereka nak bercakap. Bukan senang nak tutup mulut semua orang.

Abby dan Norman sudah lama berpisah. Lebih baik sekarang ini kita semua beri fokus kepada masa depan anak-anak, ujarnya.

Sementara itu, Jai berkata, dia menyokong hubungan baik antara Abby dan Norman demi kepentingan anak-anak mereka.

Abby dan Norman sudah lama berpisah. Lebih baik sekarang ini kita semua beri fokus kepada masa depan anak-anak

MUHAMMAD FAIZAL

Saya tidak mahu Abby dan Norman bermasam muka disebabkan percera1an mereka kerana ia boleh memberi kesan neg4tif kepada anak-anak. Kalau boleh jangan ada sikap benci dalam diri anak-anak.

Dalam rumah tangga kami memang tiada rahsia. Abby akan beritahu jika mahu keluar bersama Norman dan Memey. Saya tidak ada mas4lah kalau mereka meluangkan waktu bersama. Kami juga selalu pergi bercuti sama, jelasnya.

Hubungan rapat Abby dan Norman menjadi pertikaian netizen sehingga ada yang menganggap kedua-dua mereka masih menyimpan perasaan meskipun sudah lama berpisah.

abby abadi 2

Abby juga rapat dengan Memey.

Untuk rekod Abby dan Norman 2002 tetapi bercer4i pada 2009 dan mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 19, Marissa Dania Hakim, 17, dan Danisha Hakim, 14.

Abby kemudian mendirikan rumah tangga dengan Jai pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak yang dilahirkan secara pra-matang namun men1nggal dunia selepas 70 hari menerima rawatan.

Sementara itu Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata

:Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tiada Lagi Rahsia! Jai Suami Abby Abadi Buka Cerita Sebenar Norman Hakim MY News.



SUMBER : news78post.com



Live Website Traffic


loading...