EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tiada Pengganti Bernama Sandra Wani Kayrie

0 month ago, 11-Sep-2020

Penyanyi dan bintang Big Stage musim pertama, Wani Kayrie meluahkan rasa duk4cita akan berita pemergian Sandra Dianne.

Menurut Wani, dia sempat bertemu peserta Big Stage 2020 itu pada 29 Ogos lalu ketika rehearsal minggu duet pertandingan berkenaan.

Terima kasih ya Allah engkau beri peluang buatku untuk borak panjang bersama arw4h buat kali terakhir pada 29/8/2020 hari rehearsal minggu duet Big Stage 2020, kongsinya di Instagram.

Tambah Wani, dia dan Sandra merupakan rakan seperjuangan yang sama-sama menapak dalam industri hiiburan pada tahun 2015.

Mereka juga banyak terlibat membuat persembahan bersama-sama sebagai usaha membina nama.

Sandra Dianne, rakan seperjuangan yang sama batch 2015 dengan saya masa baru menapak dalam industri.

Banyak perform sama-sama sebab nama kitorang baru nak naik di mana orang tak kenal pun nama kami, kenal lagu sahaja, tetapi kami berjuang hinggalah sekarang, tulisnya lagi.

Di penghujung kapsyen, Wani tidak lupa mendoakan ketenangan Allahyarham dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya.

Tenanglah kau di sana Sandra, awak orang yang hebat, tiada pengganti bernama Sandra dalam industri.

Salam takziah buat keluarga Sandra, moga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman, tambahnya.

Pada Sabtu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kem4langan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejut.

Sandra mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritiikal sejak Sabtu.

Gempak mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Sandra dan semoga r0hnya sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, Al-Fatihah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw

: GEMPAK


SUMBER : tehtarikkaw.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...