www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tiada Layanan Istimewa Buat Farid Kamil Di Penjara

0 month ago, 17-May-2019


Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini Rabu lepas atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Ada pihak bagaimanapun merasakan Farid boleh mendapat keistimewaan dan diberi kelonggaran sewaktu menjalani hukuman memandangkan dia berpangkat ‘datuk’ dan bergelar selebriti.

mStar Online bagaimanapun melaporkan, sumber Penjara mengatakan bahawa Farid akan dilayan sama seperti banduan lain dan dia tidak berbeza dari mereka.

Seperti banduan-banduan lain, Farid Kamil akan dilayan sama rata. Tiada istilah artis, orang kenamaan, berpangkat atau berjawatan besar diberikan layanan berbeza atau istimewa apabila mereka menjalani hukuman di penjara.

Apabila disabitkan hukuman penjara, sesiapa pun adalah sama sebagai banduan dengan kesalahan dan tempoh hukuman yang berbeza.

Farid ditempatkan di Penjara Kajang selama seminggu untuk tempoh kuarantin sebagai sebahagian daripada prosedur sebelum dipindahkan ke Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD) yang terletak di kawasan yang sama.

Dalam kejadian Januari tahun lepas, Farid ditahan kerana melempang anggota polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara. Dia kemudiannya didapati positif ganja. – Beautifulnara.com via mStar Online





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts