EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tiada kompromi isu ajaran sesat Idris

0 month ago, 31-Aug-2021

IDRIS Ahmad melihat beras yang disumbangkan badan korporat untuk diserahkan kepada kariah terjejas di sekitar Putrajaya. - UTUSAN/MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak berkompromi terhadap sebarang usaha dan gerakan mempromosikan ajaran sesat di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, mereka yang terbabit dalam ajaran sesat ini perlu diselamatkan segera.

Kita kena selamatkan akidah kumpulan ini kerana mereka ini mungkin saudara-saudara kita sendiri.

Apa yang boleh kita dilakukan adalah memberi kaunseling dan pendidikan kepada mereka, kata beliau pada majlis sumbangan daging lembu dan Dapur Itam Merdeka di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, di sini hari ini.

Idris berkata demikian bagi mengulas isu ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang diketuai seorang wanita berusia 39 tahun yang menggunakan gelaran Sittah Annur.

Difahamkan, ajaran itu dikesan sejak enam bulan lalu dan menggunakan medium media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan.

Antara ramalan yang dikongsikan kumpulan tersebut termasuk bakal tercetusnya Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah.

Dalam pada itu, Idris berkata, beliau menyerahkan isu itu kepada pihak berkuasa agama negeri untuk siasatan lanjut termasuk usaha memanggil individu terbabit.

Perkara itu kita serahkan kepada pihak berkuasa, kalau ia membabitkan negeri pula, ia di bawah pihak berkuasa agama negeri, katanya.- UTUSAN



............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...