EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Tiada kesan dera

0 month ago, 13-Sep-2019

BAYI perempuan berusia tiga bulan yang maut disyaki didera ibu kandungnya disahkan meninggal dunia akibat kekurangan oksigen.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh berkata, hasil laporan bedah siasat ke atas mayat bayi itu, bagaimanapun tidak menemui kesan penderaan.

Hasil bedah siasat akan diserahkan sepenuhnya kepada polis kerana kes masih dalam siasatan, katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Perubatan dan Bukan Perubatan oleh Exxonmobil kepada Jabatan Kesihatan negeri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

Dr Mohd mengulas hasil laporan bedah siasat ke atas seorang bayi perempuan yang maut dipercayai didera ibu kandungnya berusia 27 tahun di rumah mereka di Bandar Cheneh Baru, Kemaman, kelmarin.

Kejadian itu disedari bapa mangsa berusia 27 tahun ketika pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya, jam 10 pagi.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri menerima sumbangan mesin ultrasound untuk kegunaan Jabatan Neorologi HSNZ bernilai RM80,000 dan Patient Transport Stretcher untuk digunakan Jabatan Kecemasan dan Trauma bernilai RM13,000.

Selain itu, Exxonmobil turut menyumbangkan peralatan bukan perubatan untuk Jabatan Kesihatan Awam iaitu enam generator, lima alat pencuci water jet, 24 lampu kecemasan dan 240 vest bercetak bernilai RM50,200.

Penyerahan peralatan itu dilakukan Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Exxon Mobil Malaysia, Sukiman Mohamed.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com