EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tiada keperluan PKPB di Kelantan

0 month ago, 20-Nov-2020

Tiada keperluan PKPB di Kelantan..

Kota Bharu: Jabatan Kesihatan Negeri memaklumkan tiada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan memandangkan keadaan Covid-19 masih terkawal setakat ini. Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, peningkatan kes tidak boleh dilihat dalam tempoh sehari dua sahaja, sebaliknya perlu melihat kepada faktor lain sebelum pelaksanaan PKPB sebagaimana di kebanyakan negeri lain. "Peningkatan kes di Kelantan sejak kebelakangan ini memang sudah dijangka disebabkan wujudnya Kluster Kube. "Jika dilihat kepada statistik semasa dan kluster yang ada, ia masih terkawal setakat ini," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Dr Zaini berkata, antara faktor lain yang perlu dilihat sebelum pelaksanaan PKPB adalah bilangan kluster yang ada di sesebuah negeri berkenaan. "Pada masa sama, kluster berkenaan terkawal atau tidak, bilangan jangkitan tempatan dan pematuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP)," katanya. Sehingga semalam, Kela ...

SUMBER : dailymotion



Live Website Traffic


loading...