EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Tiada kecaman ramai, peminat K-pop persoal gadis hijab peluk Shawn Mendes

0 month ago, 10-Oct-2019

Baru-baru ini, penyanyi terkenal antarabangsa Shawn Mendes mengadakan konsert jelajah di sekitar Asia Tenggara termasuk di Malaysia yang berlangsung di Axiata Arena pada sabtu lalu.

Ramai peminatnya yang mengambil peluang untuk hadir ke konsert tersebut bagi bertemu dengan penyanyi pujaan mereka yang berasal dari Kanada itu.

Tidak terkecuali bagi seorang gadis dikenali sebagai Hanna yang amat bertuah kerana dapat bertentangan mata dan mengambil gambar bersama penyanyi berusia 21 tahun berkenaan.

Posting gambar tersebut dihujani pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi perasaan teruja dan tidak kurang ada juga yang seakan-akan meluahkan rasa cemburu kerana dia berpeluang untuk bergambar dengan penyanyi berkenaan.

Walau bagaimanapun, perkara ini telah menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat tegar selebriti Korea Selatan mengenai tindakan gadis itu berpelukan dengan Shawn Mendes.

Menerusi laman Twitter pula, seorang peminat K-pop telah menyuarakan isi hatinya mengenai perkara itu dimana tindakan gadis Muslim memeluk dan memegang penyanyi berkenaan tiada tentangan daripada orang ramai.

Yela artis Hollywood je yang ada halal JAKIM, katanya.

: Twitter

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...