www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tiada helmet, tiada masalah. Pembonceng ini gunakan periuk nasi aluminium untuk melindungi kepalanya

0 month ago, 14-Feb-2019


Tiada helmet? Tiada masalah. Gunakan apa sahaja yang ada di dapur anda!

Inilah yang dilakukan oleh seorang pembonceng motosikal di Singapura apabila dia telah bertindak kreatif dan menggunakan periuk nasi aluminium untuk melindungi kepalanya!

Kredit:ROADS.sg/Facebook

Gambar ini mula menular sejak 12 Februari lalu setelah dimuat naik oleh sebuah laman Facebook dikenali sebagaiRoads.sg. Akaun berkenaan tidak memberikan butiran yang lebih terperinci mengenai gambar tersebut selain daripada menyatakan kapsyen:

"Ternampak periuk kepala di atas jalan raya."

Setelah gambar tersebut menular, majoriti netizen meluahkan rasa terhibur masing-masing tentang penggunaan periuk nasi sebagai pelindung kepala jika ketiadaan helmet.

Ada yang membuat lawak jenaka mengenainya dan ada juga segelintir netizen yang mempertahankan tindakan pembonceng itu dan beranggapan ianya mungkin satu insiden yang terpaksa dilakukan.

[caption id="attachment_149403" align="alignnone" width="816"] Gambar hiasan[/caption]

Kredit:Bangkok Post

"Mungkin kepalanya terlalu besar selepas makan banyak ketika Tahun Baharu Cina? Sebab itu helmetnya tidak muat,"komen seorang netizen.

"Mungkin ia tidak disengajakan... Kadangkala helmet dicuri dan apa yang pembonceng malang ini perlu lakukan?"komen netizen lain.

:SAYS

Tiada helmet, tiada masalah. Pembonceng ini gunakan periuk nasi aluminium untuk melindungi kepalanya Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts