EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tiada halangan, hanya peluang! Kegigihan food rider OKU ini wajar dicontohi

0 month ago, 20-Nov-2020

Menunggang motosikal meredah hujan lebat demi tugasan bukanlah satu kesukaran buatnya.

Walaupun perlu menahan kesejukan dingin malam dalam perjalanan yang jauh pun bukan satu masalah bagi dirinya.

Begitu juga keadaan diri yang istimewa kerana tiada deria pendengaran (pekak) dan bisu, juga bukan alasan untuk tidak mara ke hadapan dan meratapi nasib diri.

Luluh hati seorang pelanggan tatkala menerima penghantaran makanan daripada insan istimewa ini.

Dengan wajah tidak lekang dengan senyuman walaupun kebasahan, dia dengan sopan menghulurkan tempahan kepada pelanggan.

Jelas kelihatan, kudrat yang ada tidak dipersia-siakan. Selagi mampu akan berusaha tanpa mengharap bantuan. Tugas dijalankan penuh keikhlasan.

Sesungguhnya dalam hidup ini, manusia diduga berbeza-beza. Kekurangan yang diberi tanda Tuhan sayang akan hambanya.

Paling penting terus berusaha dengan yakin kerana Tuhan tidak akan menduga apa-apa yang melampaui kemampuan hambanya.

Sebagai iktibar, tiada alasan untuk kita yang sempurna keluar berusaha mencari rezeki dan tidak berjaya dalam hidup.

“Ya Allah, kau lindungilah dan murahkanlah rezeki insan istimewa saudara Hazwan Bahazah ini ?????

Tiada halangan, hanya peluang! Kegigihan food rider OKU ini wajar dicontohi The Malaya Post.



SUMBER : themalayapost.my



Live Website Traffic


loading...