EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tiada bazar Ramadan di Negeri Sembilan

0 month ago, 26-Mar-2020

TIADA penganjuran bazar Ramadan tahun ini di Negeri Sembilan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, keputusan itu terpaksa dibuat bagi menjamin kesihatan rakyat susulan pandemik Covid-19.

Kita putuskan tidak ada bazar Ramadan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini sudah hampir dengan Ramadan.

Mungkin kita boleh jangka menjelang hari akhir PKP nanti, kes Covid-19 di negara kita sudah menurun, tetapi kita tidak boleh ambil mudah dengan buka ruang seperti di bazar Ramadan yang akan membolehkan rakyat kembali mudah terdedah kepada wabak itu semula.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil perhatian mengenai keputusan ini, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di Wisma Negeri, hari ini.

Aminuddin berkata, kerajaan perlu mengambil contoh apa yang dilakukan oleh kerajaan China di Wuhan yang terus melarang pergerakan rakyatnya secara terbuka meskipun dalam tempoh beberapa hari ini tiada kes baharu Covid-19 direkodkan.

Beliau bagaimanapun berkata, peniaga masih boleh menjalankan aktiviti perniagaan mereka dari rumah dengan menggunakan konsep cash on delivery (COD).

Kita tidak benarkan mereka berniaga secara terbuka seperti bazar Ramadan kerana tidak mahu ambil risiko.

Saya harap masyarakat semua dapat bersabar dan kerajaan negeri akan berusaha membantu bagi meringankan beban terutama kalangan mereka memerlukan, katanya.

-


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...