EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tiada kes baharu di Wuhan

0 month ago, 20-Mar-2020

TIADA kes tempatan baharu Covid-19 dilaporkan di Wuhan, Hubei, China, semalam.

Perkembangan mengejutkan itu pertama kali direkodkan di bandar yang menjadi pusat meletusnya wabak sejak Januari lalu.

Bagaimanapun, ada 34 kes baharu di seluruh China dan semuanya kes import.

Daripada jumlah itu, 21 kes direkodkan di Beijing.

Secara keseluruhan, China kini merekodkan 80,928 kes Covid-19.

Angka kematian akibat wabak itu pula 3,245 orang setakat malam Rabu.

Di Hubei, lapan kematian dilaporkan dengan enam daripadanya di Wuhan.

Dalam pada itu, ahli epidemiologi meramalkan kes jangkitan di Wuhan akan sifar pada akhir Mac.

Sekiranya tiada kes baharu 14 hari selepas hari terakhir tiada kes baharu dilaporkan, sekatan pergerakan di Wuhan mungkin boleh dilonggarkan.

Li Lanjuan, ahli epidemiologi dari Makmal Diagnosis dan Rawatan untuk Penyakit Berjangkit berkata, langkah tegas perlu diambil untuk mengelak kes baharu.

Wuhan, bandar dengan populasi 11 juta orang di tengah wilayah Hubei masih dalam sekatan pergerakan sejak Tahun Baru Cina pada pertengahan Januari.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...