EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

0 month ago, 14-Oct-2021

Berita baik bagi penyimpan Tabung Haji (TH), kini anda dah boleh menyemak baki akaun dan penyata Tabung Haji online tanpa perlu ke kaunter melalui portal rasmi THiJARI.

Kalau sebelum ini mungkin kita hanya akan dapat mengetahui baki dengan menyemaknya di ATM atau secara manual dengan hadir ke kaunter TH.

Kini, Tabung Haji dah ada pun portal sendiri iaitu THiJARI yang membolehkan kita melakukan pelbagai urusan dengan mudah dan cepat seperti juga MyASNB.

Perkhidmatan Tabung Haji Online Yang Ditawarkan Di THiJARI
Rangkaian perkhidmatan digital THiJARI menyediakan pelbagai perkhidmatan Tabung Haji online yang amat memudahkan seperti:

  1. Semakan Penyata, Urusan Simpanan & Pindahan
    Pelanggan Tabung Haji online boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi serta baki akaun terkini dengan mudah melalui THiJARI.

Di samping itu, kita boleh melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga).

Had amaun pindahan simpanan sehari yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  • Pindahan ke Akaun TH Persendirian (ke akaun TH anak bawah jagaan) RM15,000.00 sehari
  • Pindahan ke Akaun TH Pihak Ketiga (termasuk akaun TH yang telah di favourite kan) RM5,000.00 sehari
  • Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan.

Pendeposit boleh mendapatkan penyata akaun Tabung Haji online bagi enam (6) bulan terkini.

Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

  1. Urusan Haji
    Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan Tabung Haji Online boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji dengan lebih cepat tanpa perlu hadir ke kaunter.

Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji juga boleh didapati melalui portal ini.

Pelanggan THiJARI boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik.

Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

Memang cukup memudahkan!

  1. Kelab TaHa
    Pendaftaran Kelab Taha / [email protected] boleh dilakukan melalui THiJARI.

Bagi ahli Kelab TaHa / [email protected], penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/[email protected] boleh dilakukan melalui portal THiJARI.

Cara Daftar Tabung Haji Online Di Portal THiJARI

Untuk mendaftar dan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji online ini, sila ikuti langkah berikut:

  1. Kemaskini Maklumat Ahli
    Pertama sekali, pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli di kaunter TH (paling penting adalah maklumat nombor telefon bimbit).

Ini kerana nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Maka, pastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah nombor telefon terkini bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.

*MAKLUMAN: Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH.

  1. Layari Laman Web THiJARI
    Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di www.thijari.com.my.

Anda boleh menggunakan telefon pintar / komputer / laptop dan lain-lain.

  1. Isikan Maklumat Peribadi
    Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.

Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Pendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi.

  1. Cara Semak Akaun Tabung Haji Online Sendiri & Anak
    Sebaik selesai mengisi maklumat peribadi, pendeposit boleh login semula dan terus menggunakan perkhidmatan THiJARI.

Hanya akaun TH dewasa sahaja yang boleh mendaftar THiJARI.

Namun, akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar THiJARI.

Untuk menyemak akaun anak melalui THiJARI, penjaga boleh menekan pada menu Ringkasan Akaun.

Pendaftaran Kelab TaHa / [email protected]

Jika ibu ayah mempunyai anak-anak yang berusia antara 7-17 tahun, anda boleh mendaftarkan Kelab TaHa untuk mereka melalui portal Tabung Haji online ini.

Pendaftaran Kelab [email protected] pula dibuka bagi anak-anak berusia 18 hingga 25 tahun dan masih menuntut di IPTA/IPTS atau yang setaraf dengannya.

Ahli kelab ini mempunyai banyak manfaat oleh Tabung Haji.

Mereka juga akan diberi keutamaan serta berpeluang untuk menyertai :

Latihan amali/praktikal
Program-program kemasyarakatan.
Sukarelawan musim haji di dalam operasi haji tanah air
Menyertai aktiviti kelab seperti sukan dan riadah.
Diskaun harga di rangkaian Rakan Kelab TaHa di seluruh malaysia.
Menarik kan?

Jadi, jangan lupa daftarkan anak-anak sekali untuk Kelab TaHa / Kelab [email protected] ini setelah anda berjaya mendaftar ThiJARI.

Maklumat Lanjut
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut berkaitan THiJARI, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon : +603 6207 1919
Faks : +603 7728 4959
Emel : [email protected]

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook Official : Lembaga Tabung Haji

THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...