EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Thailand isytihar tempoh kecemasan

3 month ago, 24-Mar-2020

Bangkok: Thailand mengisytiharkan tempoh kecemasan selama sebulan bermula 26 Mac ini bagi menangani wabak Covid-19.

Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha mengumumkan langkah berkenaan dalam satu sidang media hari ini.

Menurutnya, tempoh berkenaan membawa maksud perdana menteri mempunyai kuasa untuk mengarahkan langkah pembendungan wabak serta memberi kuasa tambahan kepada pegawai kerajaan termasuk mengawal pergerakan orang awam.

Katanya, maklumat lanjut mengenai langkah yang boleh diambil akan diumumkan kelak.

Thailand melaporkan tiga kematian dengan 106 kes jangkitan baharu hari ini.

Setakat ini, negara berkenaan mencatatkan 827 kes dengan empat kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 8:41 PM


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...