EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

TFCII ikat Redzovic setahun

0 month ago, 03-Dec-2019

TERENGGANU FC II ( TFC II) mengikat bekas pemain import Polis Diraja Malaysia (PDRM), Argzim Redzovic bagi mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pemain pertahanan kelahiran Montenegro itu mengikat kontrak selama setahun bagi menggantikan pemain import sebelum ini dari Ukraine, Serhii Andrieiev.

TFC II menerusi satu kenyataan memaklumkan, Redzovic memiliki pengalaman dalam liga tempatan sejak 2018 dan dia diharap mampu mengukuhkan benteng pasukan bagi menghadapi Liga Perdana musim depan.

Skuad itu juga turut mengumumkan lanjutan kontrak dua bekas tonggak importnya, Bruno Suzuki dari Jepun dan pemain kelahiran Ivory Coast, Marcel N'Guessan.

Sebelum ini skuad kendalian Roshadi Wahab sudah menguji beberapa pemain import namun gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan skuad The Turtles itu.

Dengan pengumuman itu, TFC II hanya memerlukan seorang lagi pemain import untuk memenuhi kuota empat pemain.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...