EdisiViral.Com Search Guest Post Login

TFCII gagal manfaat peluang

1 month ago, 15-Aug-2019

PENGENDALI Terengganu FC ll (TFC ll), Tengku Hazman Raja Hassan meluahkan rasa kecewa selepas anak buahnya gagal mengutip tiga mata biarpun mendahului UKM FC dengan kelebihan dua jaringan.

Beliau yang membantu skuad The Turtles itu menjulang trofi Piala Cabaran edisi pertama musim lalu mengakui sukar menerima keputusan itu ketika skuadnya diambang kemenangan sebelum terikat 2-2.

Beliau menyifatkan kegagalan mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam tadi adalah berpunca daripada kelemahan kedua-dua pemain sayap yang gagal berfungsi dengan baik menyebabkan taktikal yang dirancang kurang menjadi.

Katanya, ketumpulan jentera serangan juga masih menghantui skuad itu sejak awal musim ini menyebabkan peluang terhidang dalam perlawanan itu gagal diterjemahkan dengan jaringan.

"Daripada awal sudah nampak kepincangan pada setiap bahagian yang tidak bermain seperti biasa, tetapi paling ketara pemain sayap kita yang tidak berfungsi daripada awal hingga akhir permainan.

"Pada babak kedua pula, kita dapat empat peluang terbuka yang sepatutnya dapat menghasilkan jaringan dan kita boleh menang, tetapi pemain kita tidak berjaya menyudahkan peluang itu," katanya selepas perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Pada perlawanan itu skuad TFC II bermula garang dengan menghasilkan dua gol pada babak pertama menerusi sepakan penalti Bruno Suzuki dan rembatan dari luar kotak penalti Dechi Marcel.

Namun segalanya berubah pada babak kedua apabila pelawat bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Milad Zanidpour dan Faiz Hanif Adnan sekali gus TFC II berputih mata untuk mencatat kemenangan kedua.

"Skuad kami akan berdepan tugas sukar menentang Selangor United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Selasa depan sekiranya mereka kekal dengan corak permainan yang sama seperti dipamerkan malam ini (malam tadi).


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com