EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Tetap Sentiasa Rindu Arwah Suami, Bunga Citra Lestari Ziarah Pusara Sebelum Lockdown Atau PSBB

0 month ago, 14-Sep-2020

Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) mengambil peluang menziarahi pusara arwah suaminya, Ashraf Sinclair selepas kerajaan Indonesia membuat keputusan untuk melaksanakan kembali Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB).

PSBB akan bermula hari ini (Isnin) di mana seluruh warga Jakarta diwajibkan melakukan kegiatan di rumah termasuklah bekerja dan belajar.

Perkara itu dikongsikan oleh ibunya, Emmy Muchils di Instagram (IG) miliknya.

#Alfatihah untuk daddy Ash#menjelang psbb#, tulisnya sebagai kapsyen.

Emmy menemani BCL dan anak lelakinya, Noah mengunjungi pusara arwah menantunya itu pada Sabtu lalu.
Terdahulu, suami BCL, Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari.

Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

kredit harian metro


SUMBER : karteldakwah.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...