EdisiViral.Com Search Guest Post Login

ISN, MSN tetap ambil langkah berjaga-jaga

0 month ago, 11-Jul-2019

INSTITUT Sukan Negara (ISN) tetap mengambil langkah berjaga-jaga meskipun persekitaran ISN dan Majlis Sukan Negara (MSN) setakat ini bebas daripada virus Influenza.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzal Md Ramli berkata antara langkah yang diambil bagi mengawal penularan virus itu dalam kalangan atlet adalah dengan menjalankan ujian saringan ke atas atlet sekiranya mereka disyaki dijangkiti Influenza.

 

 

Ujian saringan ini dijalankan hanya sekiranya atlet hadir ke klinik dengan simptom seperti demam panas, batuk, selsema, sakit sendi dan sukar bernafas.

 

 

Ujian saringan akan dijalankan bagi mengesahkan jangkitan Infuenza B. Oleh itu bilangan yang disaring akan banyak bergantung kepada bilangan atlet hadir dengan simptom berkenaan.

 

 

Buat masa kini, bilangannya adalah sedikit dan setakat ini juga di ISN dan MSN, bebas dari virus influenza ini, katanya ketika dihubungi.

 

 

Isnin lalu kem bola sepak Johor Darul Tazim (JDT) diserang virus influenza hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 17 pemain menerima rawatan susulan selepas didapati positif simptom terbabit.

 

 

Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards menerusi kenyataan media di laman Facebook Johor Southern Tiger memaklumkan beberapa kakitangan dan jurulatih turut didapati positif virus berkenaan.

 

 

Katanya, 10 pemain daripada skuad senior JDT, empat pemain membabitkan JDT II manakala tiga lagi adalah pemain JDT III.

 

 

Dalam pada itu Ahmad Faedzal berkata , pihak ISN menyedari akan potensi peningkatan jangkitan Influenza B sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan laporan semasa dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

 

Katanya, selain ujian saringan, ISN sentiasa memantau pola jangkitan Influenza melalui Klinik ISN dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat petunjuk wabak Influenza.

 

 

Tambahnya, selain memberi rawatan sewajarnya di Klinik ISN, pihaknya juga membekalkan topeng muka, hand sanitizer, ubatan dan nasihat kuarantin kepada atlet bagi mengurangkan risiko penularan.

 

 

ISN juga menyediakan progam vaksinasi Influenza tahunan kepada atlet dan petugas hadapan ISN terutama semasa sukan temasya dan pertandingan luar negara semenjak 2017, katanya.

ISN, MSN tetap ambil langkah berjaga-jaga Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com