www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tetak isteri hingga mati, cebisan jari ditemui di dapur

0 month ago, 07-Nov-2018


Tetak isteri hingga mati, cebisan jari ditemui di dapur
Mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian. - Foto PDRM
(Ubah saiz teks) 
 
KINABATANGAN - Sadis, bukan hanya ditetak di muka dan kepala, malah jari jemari wanita ini turut dipotong lalu ditinggalkan di dapur.
Itu merupakan tindakan kejam seorang suami yang dipercayai bertindak menetak dan membunuh isterinya dalam kejadian di Ladang Pintasan, Kinabatangan semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa berusia 27 tahun ditemui dengan kesan tetakan di muka sebelah kiri, di bahagian atas kepala dan di bahagian belakang kepala.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, pihaknya hanya menerima laporan pada jam 8.45 malam, semalam daripada orang awam memaklumkan bahawa satu kejadian pembunuhan berlaku di lokasi tersebut.

"Siasatan awal mendapati, mangsa baru sahaja bekerja di ladang itu lebih kurang sebulan sebagai pemungut biji sawit manakala suaminya tidak bekerja. Kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
"Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan pada badan wanita itu mendapati terdapat kecederaan kesan tetakan di muka sebelah kiri, di bahagian atas kepala dan di bahagian belakang kepala.

"Pergelangan tangan kanan mangsa ditetak separuh putus manakala tiga jari tangan kanannya putus.
"Pemeriksaan di dapur rumah menemui cebisan jari-jari mangsa yang putus. Senjata yang digunakan dipercayai adalah parang milik suami.
"Pada masa kejadian jiran kiri dan kanan rumah berada di rumah namun tidak mendengar sebarang pergaduhan ataupun bunyi bising dari rumah itu," katanya.

Menurut A. Sahak, jiran-jiran wanita tersebut hanya melihat suspek berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang di tangannya pada jam lebih kurang 8 malam.

"Suspek kemudian melarikan diri ke arah sungai dan dikejar oleh beberapa anggota pengawal keselamatan ladang namun tidak berjaya ditangkap.
"Motif kejadian setakat ini dipercayai berpunca akibat perselisihan faham diantara mangsa dan suspek semasa keduanya mereka berada di dapur berikutan penemuan periuk yang mengandungi sup ayam dan satu pinggan berisi nasi ditemui bertaburan di lantai dapur dipercayai dibaling.

"Mayat sudah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat dan usaha mengesan suspek, 30an, masih diteruskan," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts