EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ibu tiri teruskan perniagaan tudung Siti Sarah

0 month ago, 13-Oct-2021

 


Kuala Lumpur: Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34, kini menggalas tanggungjawab menguruskan perniagaan tudung milik penyanyi itu.

Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, dia perlu kuat untuk membangunkan perniagaan yang diusahakan bersama Allahyarham sebelum ini.

"Walaupun arwah sudah tiada, tapi dia buat saya jadi kuat dan tak boleh duduk diam. Saya perlu jaga perniagaan yang arwah bangunkan selama ini.

"Saya tak boleh biarkan kakitangan kesayangannya terabai. Insya-Allah saya mampu dan boleh hadapi semua ini. Saya nak perniagaan itu terbang tinggi sebab itu impian arwah semasa dia hidup. Setiap hari ada saja benda dia nak buat untuk perbaiki kalau tak berpuas hati dengan kualiti produk. Buat semua doakan saya dapat mengalas tanggungjawab menjaga perniagaan ini dengan baik," katanya.

Menurut Siti Fatimah, kerinduan terhadap Siti Sarah tidak pernah luntur, sebaliknya sentiasa tersemat dalam hatinya.

"Cepat betul masa berjalan. Kalau kira-kira sudah dua bulan Sarah pergi tinggalkan kita semua. Rindu usah cakaplah. Rasanya setiap hari masuk pejabat mesti tenung gambar Sarah," katanya.

Pada 9 Ogos lalu Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat Covid-19.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Allahyarham meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua bulan.

: Harian Metro




Live Website Traffic


loading...