EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Guan Eng terus salahkan Ka Siong

0 month ago, 07-Jun-2021

KUALA LUMPUR- Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menasihatkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong untuk menyemak fakta sebelum menuding jari seraya mengelak daripada tanggungjawab berkaitan isu feri di Pulau Pinang.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, mendakwa Ka Siong yang telah menghentikan perkhidmatan Feri Pulau Pinang walaupun ramai tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Mungkin Ka Siong bukan Menteri Kewangan dan tidak faham prosedur kewangan dan belanjawan tetapi beliau haruslah menyemak fakta sebelum membuat tuduhan kerana setiap sen peruntukan yang diumumkan oleh saya tetap ditunaikan.

Ka Siong masih cuba mengelak tanggungjawab atas tindakan beliau menghentikan perkhidmatan Feri Pulau Pinang yang ikonik pada 1 Januari 2021 padahal tindakannya itu telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat khususnya di Pulau Pinang, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bebasnews melaporkan semalam, Ka Siong berkata bahawa feri terbabit telah dihantar ke Limbungan Bagan Dalam pada 27 November 2019 kerana berada dalam keadaan uzur.

Guan Eng menjelaskan ketika berada di kementerian kewangan, beliau telahpun mengumumkan peruntukan untuk perkara itu walaupun tidak disebut dalam Belanjawan 2020.

Ka Siong kemudiannya cuba menyalahkan saya kononnya tidak membeli alat ganti dari Belanda sungguhpun saya telah mengumumkan peruntukan RM30 juta kepada Penang Ports Sdn. Bhd. (PPSB) yang tidak disenaraikan dalam Belanjawan 2020.

Ka Siong lupa bahawa Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengesahkan di Parlimen pada 17 Disember 2020 bahawa, saya sebagai Menteri Kewangan telah pun mengenakan syarat pemberian bayaran wang tunai RM30 juta kepada PPSB iaitu perkhidmatan feri mesti diteruskan,katanya.

Walaupun begitu, Ka Siong dikatakan telah membatalkan keputusan Pakatan Harapan (PH) dalam hal ini dan telah menghentikan perkhidmatan feri tersebut.

Jelasnya lagi,Ka Siong seringkali mendakwa bahawa saya mengumumkan peruntukan sebagai Menteri Kewangan tetapi peruntukan tersebut tidak disenaraikan dalam Belanjawan 2020.

Beliau cuba memberikan gambaran salah seolah-olah jika sesuatu peruntukan tidak disenaraikan, maka wang peruntukan tidak disalurkan. Ini adalah tidak benar kerana sebarang pengumuman peruntukan oleh saya sebagai Menteri Kewangan sememangnya dilaksanakan, ujarnya.

BebasNews

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...