EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jika kes terus meningkat berlanjutan, PKP akan dilaksanakan PM

0 month ago, 15-Sep-2020

Sekiranya kes Cov-19 meningkat dengan mendadak PKP akan dilaksanakan semula.

Itulah kata-kata yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi ketika menyampaikan pekembangan terkini tentang kes Cov-19 di Malaysia.

Ia berikutan dengan peningkatan yang begitu mendadak dekat 3 daerah baru-baru ini. Tambahnya lagi, pandemik ini mungkin akan berterusan dalam masa yang agak lama.

Malah, beliau turut menambah bahawa kerajaan akan cuba meningkatkan lagi kawalan di sempadan bagi menghalang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Tan Sri Muhyiddin ketika menzahirkan rasa bimbangnya akibat peningkatan kes itu juga turut mengingati rakyat Malaysia supaya patuh SOP agar dapat sama-sama bantu dalam memutuskan rantaian Cov-19 di Malaysia.

Ini kerana beliau tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan semula PKP jika kes terus meningkat secara mendadak.

Ini Utusan PM

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamulaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Saya doakan saudara dan saudari sihat wal afiat.

1. Hari ini saya sekali lagi menemui saudara dan saudari di kaca televisyen dan platform media sosial untuk memaklumkan mengenai perkembangan semasa kes-kes jangkitan COV-19 di negara kita.

2. Sehingga 15 September 2020, jumlah keseluruhan kes positif COV- 19 di Malaysia adalah seramai 9,969 orang. Daripada jumlah ini:

  • 9,209 kes telah sembuh dan discaj daripada wad, menjadikan kadar kesembuhan sebanyak 92.4%;
  • 128 kes telah dilaporkan meningg4l dunia, menjadikan kadar kem4tian sebanyak 1.28%; dan
  • 1,395,578 individu telah disampel, menjadikan kadar ujian COV- 19 yang dijalankan di Malaysia adalah 41.8 orang bagi setiap 1,000 penduduk.

3. Secara keseluruhannya terdapat 108 kluster yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre atau CPRC Kebangsaan. Daripada jumlah ini 11 kluster masih aktif manakala baki 97 kluster telah diisytiharkan tamat.

4. Sehingga kini, Kluster Seri Petaling yang telah diisytiharkan tamat pada 8 Julai 2020 merupakan kluster terbesar jangkitan COV-19 di negara ini. Kluster ini telah merekodkan sejumlah 3,375 kes positif selepas seramai 42,023 individu disaring.

5. Walaupun negara kita setakat ini telah berjaya menangani penularan wabak COV-19 dengan baik, saya berasa agak bimbang kerana terdapat peningkatan jumlah kes positif COV-19 yang agak ketara sejak kebelakangan ini. Sepanjang tempoh 14 hari yang lalu, sebanyak 615 kes baharu telah dicatatkan.

6. Peningkatan ini turut menyaksikan tiga buah daerah yang merekodkan 41 kes atau lebih sepanjang tempoh 14 hari yang lepas. Daerah-daerah yang dikategorikan sebagai merah ini ialah Kota Setar di Kedah dan Tawau serta Lahad Datu di Sabah.

7. Sementara itu, jumlah keseluruhan pelawat dari luar negara yang dikesan positif COV-19 sepanjang tempoh 3 April sehingga 15 September 2020 adalah seramai 1,017 orang.

8. Buat masa ini, berdasarkan dapatan yang diperolehi oleh para penyelidik dari seluruh dunia dan tren kes yang dilaporkan, pandemik COV-19 dilihat masih menular secara aktif dan dijangka akan berterusan untuk suatu tempoh masa yang agak lama. Ini mengambilkira faktor pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COV-19 secara berkesan yang memerlukan kewujudan rawatan spesifik dan vaksin yang efektif serta selamat untuk digunakan. Dengan situasi ini, sesiapa sahaja mungkin terdedah kepada risiko jangkitan COV-19 pada ketika ini.

9. Tidak terkecuali, Malaysia juga masih mengalami penularan aktif wabak ini. Kes harian COV-19 yang direkodkan adalah sekitar satu, dua dan adakalanya tiga digit tanpa pernah mencatatkan kes sifar. Ini memberikan gambaran bahawa rantaian jangkitan COV-19 di Malaysia masih belum dapat diputuskan sepenuhnya.

10. Justeru, saya ingin mengingatkan saudara dan saudari supaya terus berwaspada. Jangan leka. Peraturan-peraturan berkaitan kuarantin, pemakaian penutup hidung dan mulut dan pematuhan kepada S.O.P masih berkuatkuasa. Saudara dan saudari mesti terus berdisiplin dan patuh kepada peraturan. Ini penting supaya kita dapat mengawal penularan wabak COV-19.

11. Kerajaan tidak teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes-kes baharu COV-19 yang tinggi.

12. Selain itu, saudara dan saudari mestilah kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer. Elakkan bersalaman atau bersentuhan. Jika saudara dan saudari berada di tempat awam atau di tempat yang sesak, pakailah penutup hidung dan mulut.

13. Jangan berasa janggal atau kekok untuk memakainya. Pemakaian penutup hidung dan mulut telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Kini, kita semua mesti memainkan peranan sebagai petugas barisan hadapan dengan terus mengamalkan norma baharu dalam kehidupan.

14. Saudara dan saudari juga mestilah segera mendapatkan rawatan jika mempunyai gejala seperti demam, batuk atau sukar untuk bernafas.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

15. Tanpa rawatan yang spesifik dan vaksin yang berkesan serta selamat untuk menangani penularan jangkitan COV-19, pembudayaan norma baharu yang saudara dan saudari sedang amalkan pada waktu ini adalah suatu langkah yang amat kritikal.

16. Saya berharap norma baharu ini akan menjadi kelaziman dalam kehidupan seharian kita semua. Ini kerana Malaysia masih berada dalam peperangan menentang COV-19. Dalam situasi ini, disiplin dan pematuhan masyarakat terhadap peraturan dan SOP yang ditetapkan adalah amat penting untuk memutuskan rantaian jangkitan COV-19. Matlamat kerajaan bukan hanya untuk melandaikan lengkuk penularan tetapi juga memastikan wabak jangkitan ini dapat dikawal untuk suatu tempoh yang panjang.

17. Kawalan sempadan negara juga akan terus dipertingkatkan untuk mengekang aliran kemasukan individu yang berpotensi dijangkiti COv19

19 ke dalam negara kita. Sempadan negara kita masih ditutup kecuali untuk tujuan perniagaan termasuk pelaburan dan pendidikan dengan syarat-syarat pematuhan SOP tertentu yang ketat.

18. Jika dibandingkan dengan situasi di beberapa negara luar, terdapat negara yang masih berusaha keras menangani penularan jangkitan COV-19 yang belum lagi menunjukkan tanda untuk reda. Malah, beberapa buah negara kini menghadapi ancaman gelombang baharu penularan COV-19.

19. Perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia jika kita leka dan memandang remeh penularan wabak ini di peringkat global. Walaupun kawalan sempadan negara yang ketat menimbulkan sedikit kesukaran khususnya kepada saudara dan saudari yang mempunyai urusan di luar negara, tindakan tegas perlu diambil untuk melindungi rakyat dan negara kita daripada wabak yang mengancam nyawa ini. Kita perlu mengimbangi antara keperluan untuk melindungi nyawa dan kehidupan rakyat Malaysia. We must strike a fine balance between protecting lives and livelihoods of all Malaysians.

20. Justeru, kerajaan tidak akan terburu-buru untuk membuka sempadan negara. Malah kawalan sempadan negara kita akan terus diperketatkan termasuk meningkatkan usaha menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin.

21. Saya juga ingin menasihatkan penduduk di negeri Sabah supaya lebih berhati-hati. Peningkatan kes-kes baharu COV 19 amat ketara di negeri Sabah, khususnya di daerah Tawau dan Lahad Datu.

22. Dalam keadaan negeri Sabah sedang menghadapi Pilihanraya Negeri, saya ingin mengingatkan saudara dan saudari yang berada di negeri Sabah supaya sentiasa mengamalkan norma-norma baharu kehidupan dengan lebih berdisiplin. Kepada petugas-petugas pilihanraya, pastikan semua aktiviti kempen dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

23. Dalam keadaan biasa, semasa musim pilihanraya ini ramai yang akan berkumpul dan bersalaman. Nasihat saya elakkanlah sebarang perkumpulan di tempat yang sesak dan sempit. Elakkan juga bersalaman dengan pengundi. Saya fikir para pengundi pun faham kalau mereka yang turun berkempen tidak menghulurkan tangan untuk bersalaman. Yang penting kita saling melindungi antara satu sama lain supaya tidak terkena jangkitan COV-19. Kita jaga kita bah.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

24. Saya ingin mengingatkan kita semua akan kesan sekiranya kes-kes COV-19 meningkat dengan mendadak dan PKP terpaksa dilaksanakan semula. Akibatnya tentulah amat buruk kepada kehidupan kita dan ekonomi negara. Kita tidak boleh ke mana-mana dan tinggal di rumah sahaja seperti yang sedang dikuat kuasakan di Kota Setar, Kedah pada masa ini. Nauzubillah.

25. Justeru, saya berharap kita semua akan terus cekal, tabah dan berdisiplin dalam menghadapi penularan wabak COV-19. Ingatkan diri kita supaya terus membudayakan amalan norma-norma baharu kehidupan. Selain tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan, amalan norma baharu kehidupan oleh saudara dan saudari sekalian adalah faktor yang amat penting dalam usaha kita untuk memutuskan rantaian jangkitan COV-19.

26. Oleh itu, berhati-hatilah. Lindungi diri anda. Lindungi keluarga anda. Lindungi orang-orang di sekeling anda. Sama-samalah kita berdoa semoga segala usaha yang kita lakukan dalam memerangi COV-19 akan berjaya.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Jika kes terus meningkat berlanjutan, PKP akan dilaksanakan PM Rentas Asia.


SUMBER : rentasasia.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...