EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Terus Membakar Perseteruan Dengan Pendakwah Indonesia, Nikita Mirzani Korek Ustaz Tersebut Pernah Dihalau Gara-Gara H*mose*sual

0 month ago, 19-Nov-2020

Baik Nikita danUstaz Maaher, mereka masih menyindir antara satu sama lain melalui akaun media sosial mereka.

Setelah menyebarkan cerita tentang bekas isteriUstaz Maaher mengenai kes keganasan rumah tangga, Nikita Mirzani kali ini kembali membuka aib Ustaz Maaher. Ibu kepada 3 orang anak ini sekali lagi mendedahkan kes lama yang melibatkan nama Ustaz Maaher yang terjadi pada masa lalu.

Melalui akaun Instagramnya, Nikita memuat naik foto keratan akhbar yang mengatakan Maaher pernah diusir dari pesantren atau sekolah agama kerana didakwa kes homoseksual. Sebelum dimuat naik oleh Nikita, maklumat ini telah viral di media sosial, terutamanya Twitter.

Dalam posting tersebut, Nikita Mirzani menuliskan kapsyen,

Maaher diusir dari pesantren kerana kes homoseksual.

Kelakar. Persoalannya, apakah Maaher ini boty atau top?

Catatan Nikita Mirzani nampaknya mendapat sokongan yang padu dari pengikutnya. Mereka mengaku kagum dengan Nikita Mirzani yang berjaya untuk korek banyak perkara mengenai Ustaz Maaher.

Bagaimana Pergaduhan Ini Bermula?

Seperti yang diketahui, pergaduhan antara Nikita Mirzani danUstaz Maaher itu berlaku setelah Nikita mendakwa Habib merupakan seorang penjual ubat. Dakwaan ini kemudiannya dianggap telah menghina penyokong Habib Rizieq.

Isu semakin panas apabila, Maaher memanggil Nikita sebagai pelacur berzina dan jual diri. Lalu, Nikita membalas dengan membuka aib satu persatu tentang Maaher danberjanji akan memenjarakan ustaz yang sering bersikap kasar terhadapnya.

kredit murai



SUMBER : karteldakwah.com



Live Website Traffic


loading...