EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Nora Anne teruja ke air terjun

2 month ago, 13-Aug-2019

MAYAT Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 4 Ogos lalu ditemui di cerun curam terletak tidak jauh dari kawasan air terjun dekat Gunung Berembun, Pantai, Seremban.

Menurut Daily Mail, Nora Anne memberitahu keluarganya mengenai keterujaannya ke situ setibanya di resort tempat mereka sekeluarga menginap di kawasan berkenaan.

Dalam laporan itu, keinginan Nora Anne itu diketahui daripada seorang sukarelawan yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) itu.

Difahamkan, Nora Anne memaklumkan mengenai air terjun yang menakjubkan itu kepada ibunya, Maebh Jaseprin Quoirin ketika tiba di resort itu untuk percutian selama dua minggu mereka di situ.

Sejam sebelum mayat Nora Anne ditemui, sukarelawan Shirley Yap memberitahu Daily Mail yang dia dimaklumkan untuk mencari di kawasan air terjun itu.

Kami diberitahu yang dia sangat teruja melihat air terjun itu setibanya di resort.

Kami melakukan carian di kawasan terbabit dengan mengikut aliran air ke bawah gunung, katanya.

Seramai 22 sukarelawan daripada Seremban Hiking Club, kemudiannya menjumpai mayat Nora Anne di lokasi terbabit.

Mayat Nora Anne ditemui di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, 1.57 petang hari ini.

Mayat berkenaan ditemui kumpulan pendaki Seremban Hiking Club yang turut menyertai operasi SAR berkenaan.

Mayat ditemui di kawasan lurah kira-kira 2.5 kilometer dari resort tempat remaja itu menginap. Ketika ditemui, mayat tidak berpakaian berhampiran anak sungai.

Kawasan mayat berkenaan ditemui termasuk dalam liputan kawasan pencarian pasukan SAR sebelum ini.

Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, 4 Ogos lalu.

Remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...