EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Teruja Merakam Anak 10 Tahun Memandu Kereta, Akhirnya lbu Bapa Terima Padah

0 month ago, 12-May-2022

PONTIAN: Berikut video viral anak lelakinya berusia 10 tahun memandu kereta, sepasang suami isteri menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini, hari ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, berkata Bahagian Siasatan dan Penguasaan Trafik (BSPT) IPD Pontian mengesan video tular bertarikh 10 Mei lalu Facebook (FB) yang dikongsi oleh sebuah akaun.

Katanya, video itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang memandu kereta Perodua Kancil berwarna merah yang turut terdapat dua kanak-kanak lain duduk di bahagian hadapan.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan di bawah umur boleh didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak (AKK) 2001.

“Selain itu, pemilik kenderaan yang juga ibu atau bapa kanak-kanak berkenaan boleh disaman di bawah Seksyen 39 (5) APJ 1987, ” katanya.

Rakaman video tersebut yang dimuat naik semula oleh page facebook Vape Murah Malaysia telah menerima pelbagai reaksi dan kecaman dari wargamaya yang mempersoalkan tindakan mak ayah kepada budak 10 tahun yang membiarkan sahaja anaknya memandu kereta.

Antara reaksi netizen:

“Perlu post ke ? Akal pendek. Senang kerja PDRM. Igt potong tang plat polis x dpt detect? Mak busy main social media sbb tu smpai hantar anak pon tak sempat.” – Muzammil

“Jadilah mak ayah yv berguna…bila terjadi kecelakaan ia bukan shj menyusahkan diri sendiri tp org lain juga…jgn salahkan takdir kalau kesalahan tu berpunca dr kecuaian sendiri” – Wahidah

“Jarang betul jumpa orang suka cari penyakit ni…ni baru betul serah tengkok pada abg J dan abg P…” – Azwa

“Tak sayang nyawa ank sendiri,xpe..tp tolong fikir keselamatan org lain jugak…org yg pergi kursus & mmg ada lesen pon kadang cuai ,inikan pulak budak yg xtaw apa..jangan nnt dah hilang nyawa baru nk nangis sambil pegang baju raya & ckp ‘dia ank yg baik'” – Roziana

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

BH, Vape Murah Malaysia



SUMBER : belumbalik.com



Live Website Traffic


loading...