www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Teruja dapat jumpa Mantan Perdana Menteri ke-6

0 month ago, 06-Dec-2018


Pelajar SMK Kota Gelanggi 2 sempat bergambar dengan Najib sempena kehadiran beliau untuk slot FB Live di Sinar Harian.


SHAH ALAM - Peluang bertemu mata dengan Mantan Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak ketika berkunjung ke Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) tentu menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan buat 40 pelajar tingkatan tiga dan empat guru pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Gelanggi 2, Pahang, di sini.

Guru penyelaras program, Ahmad Farizan Bahaman berkata, kunjungan mereka ke Karangkraf untuk menambah ilmu mengenai dunia penerbitan, percetakan dan kerjaya.

Loading...


"Lawatan sambil belajar pasca PT3 selama sehari ini untuk mengetahui lanjut mengenai produk Karangkraf tapi tak sangka pula dapat jumpa mantan PM di sini).

"Sebenarnya ini kali kedua saya ke sini, kali pertama bersama sekolah ini juga pada 2015 lalu. Saya berasa Karangkraf ini sangat bermanfaat kepada pelajar.. jadi kami buka peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu baharu serta mendapat maklumat kerjaya di sini," katanya.

Katanya lagi, segelintir pelajar belum terbuka mengetahui peluang kerjaya di luar kawasan mereka yang mana bukan terikat di kampung sahaja.
"Moga mereka dapat input berguna sekurang-kurangnya dapat tahu apa itu Karangkraf dan apa yang ada di sini sebenarnya," katanya.

Kata Cikgu Ahmad Farizan, ia pengalaman yang sangat luar biasa kerana dapat bersua muka buat kali pertama dan sempat merakam beberapa gambar bersama.

Najib hadir ke Karangkraf untuk slot FB Live di Sinar Harian pada 22 November lalu.


Sementara itu, pelajar tingkatan tiga, Fatin Syuhaibah Nadhira Rosli turut teruja kerana pertama kali menjejak kaki ke Karangkraf.

"Kami gembira boleh lihat dengan lebih dekat bagaimana proses menghasilkan bahan cetakan dan saya sangat berpuas hati dapat melawat semua jabatan," katanya.

-Sinar Harian


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts