EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

UiTM FC teruja cabar gergasi Liga Super

0 month ago, 10-Jan-2020

TUGAS berat bakal menanti pengendali UiTM FC, Frank Bernhardt apabila melihat pasukan baharunya bakal menentang skuad gergasi dan lebih berpengalaman dalam kancah Liga Super.

Berdasarkan pengalaman bersama skuad bawah 23 tahun negara pada 2015 hingga 2017, Bernhardt nyata ingin mencuba haluan lebih berbeza kali ini sambil menyuarakan rasa teruja untuk mengenali dan mendalami corak persaingan pasukan dalam Liga Malaysia buat kali pertama.

Walaupun kemampuannya kurang menyerlah ketika mengendalikan skuad kebangsaan sebelum ini, jurulatih yang berasal dari Jerman itu menyatakan kehadirannya ke Malaysia bukanlah untuk membuktikan apa-apa selain hanya ingin memberikan yang terbaik buat UiTM FC yang rata-ratanya dibarisi pemain muda.

Saya ada pengalaman enam tahun berkhidmat bersama kelab profesional di Estonia dan kali terakhir di Finland. Sebab itu, saya rasa kelab di sini cukup menarik dan saya cukup gembira apabila dapat kembali ke Malaysia dan melatih kelab di sini pula (UiTM FC) dalam saingan Liga Super kerana saya tahu ia sangat mencabar untuk dilakukan.

Kami masih ada masa membuat persediaan terbaik dan barisan pemain muda yang ada dalam pasukan ini semuanya berpotensi tinggi di mana kami akan membentuk skuad terbaik dalam tempoh seminggu atau 10 hari ini, katanya, di sini.

Bernhardt dilantik sebagai ketua jurulatih menggantikan Ismail Zakaria yang berjaya membawa UiTM FC ke tahap lebih baik apabila menamatkan saingan Liga Perdana di tangga kelima musim lalu.

Meskipun berada di kedudukan kelima, pasukan itu layak untuk beraksi di saingan Liga Super 2020 apabila PKNS FC yang kini berstatus sebagai Reserve Team diturunkan ke Liga Perdana. Diberi kontrak setahun, beliau dipertanggungjawabkan memastikan skuad UiTM FC mampu kekal dalam saingan Liga Super pada musim hadapan.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...