EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Nama Tertera Pada Katil Hospital Di Zon Kuning, Ini Reaksi Neelofa!

0 month ago, 11-Jun-2021

Niat murni usahawan Neelofa akhirnya direalisasikan dengan memberikan bantuan kepada petugas barisan hadapan. Antaranya dia telah menyalurkan sumbangan berupa kelengkapan katil untuk Hospital Melaka yang bernilai hampir RM100,000.

Seperti gambar yang tersebar di media tempatan, katil tersebut tertera nama Neelofa. Menurut isteri kepada PU Riz ini, sumbangan ini dianggap kecil berbanding dengan pengorbanan para petugas barisan hadapan.

IKLAN

Rasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan terutama selepas melihat keadaan hospital yang semakin sesak kerana terpaksa menampung jumlah pesakit Covid- 19 yang kian ramai.

Jadi, saya ingin memainkan peranan untuk meringankan beban komuniti dan rakyat Malaysia, sekali gus membantu menangani pandemik ini. Saya harap dengan sumbangan yang kecil dan tidak seberapa ini dapat melancarkan proses pemulihan pesakit Covid-19, kata pemilik jenama Naelofar itu.

Difahamkan, kesemua katil yang diberikan Neelofa digunakan serta-merta di bahagian zon kuning di hospital berkenaan.

Dilaman Facebook JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HOSPITAL MELAKA, mereka mengucapkan terima kepada Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk pesakit Covid 19.

Foto: Facebook JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HOSPITAL MELAKA
Foto: Facebook JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HOSPITAL MELAKA
Foto: Facebook JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HOSPITAL MELAKA
Foto: Facebook JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HOSPITAL MELAKA
Foto: Facebook JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HOSPITAL MELAKA
Foto: Facebook JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HOSPITAL MELAKA

Dalam hantaran itu menulis sumbangan katil elektronik baharu yang di terima ini sedikit sebanyak telah melancarkan perjalanan perawatan pesakit dan memberikan lebih keselesan kepada pesakit yang menerima rawatan di jabatan ini.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...