www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tertekan Dengan PU Abu, Anak Dalam Kandungan Ain Afini Tidak Aktif

0 month ago, 16-May-2019


Kontroversi kemelut rumah tangga yang menghimpit diri, bekas isteri PU Abu iaitu Ain Afini memberikan kesan yang mendalam dalam hidupnya. Ain mengakui disebabkan rasa tertekan, doktor memberitahu kandungannya kurang aktif.

Sebenarnya keadaan kandungan tidak berada dalam keadaan baik, sewaktu saya buat pemeriksaan beberapa minggu lepas doktor kata bayi saya tidak aktif. Doktor nasihatkan saya supaya tidak terus berada dalam tekanan dan banyakkan berehat.

Meskipun melalui pelbagai dugaan, akhirnya pasangan ini sah bercerai talak dua semalam. Ain menyifatkan apa yang berlaku ada hikmah tersendiri dan dia redha dengan ketentuan takdir. Siapa tahu, selepas ini mungkin ada sinar kebahagiaan baharu buat dirinya.

Ustaz (Pu Abu) mahu kembali, namun saya menolak. Untuk apa? Dia pun sudah ada isteri. Saya tiada apa-apa nasihat padanya, biarlah dia dengan kehidupannya sekarang. Saya kuat apabila mendapat sokongan ibu bapa dan keluarga di sini.

Terdahulu, Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang sedang sarat hamil anak pertama mereka kerana mahu bernikah dengan seorang wanita berstatus janda bernama Hana Azraa. Semalam, pada awalnya mahkamah mengesahkan Ain dan PU Abu masih menjadi suami isteri kerana talak yang dilafazkan melalui WhatsApp tidak sah.

Namun, PU Abu tidak berlaku jujur dan ada menyembunyikan fakta, dia hadir semula ke mahkamah untuk memberikan kenyataan dan pasangan ini akhirnya sah bercerai talak dua.

Berita : Utusan Online





Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts