EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Tersalah anggap sebagai burung eksotik ketika diselamatkan, rupa-rupanya ialah seekor burung camar yang terendam kari

1 month ago, 10-Jul-2019

Sebuah Hospital Hidupan Liar di Britain menerima 'pesakit' yang kelihatan berwarna agak ranggi rupanya. Beberapa orang telah melihat seekor burung berwarna oren cerah yang tidak dapat terbang di tepi jalan.

Mereka menjadi bimbang melihat burung oren sakit yang spesiesnya kelihatan seperti berasal dari kawasan tropika lalu telah membawanya ke Hospital Hidupan Liar Tiggywinkles untuk menjalani rawatan.

Selepas diselidiki dengan teliti, rupa-rupanya burung itu bukan spesies burung eksotik dari kawasan tropika. Sebaliknya, ia hanya seekor burung burung camar yang ingin tahu bagaimana rasanya merendam diri dalam kari atau mungkin telah terjatuh ke dalamnya ketika sedang mencari makanan.

Ini adalah salah satu keadaan mangsa yang paling aneh pernah dilihat oleh pihak hospital haiwanselepas dia diselamatkan oleh beberapa orang prihatin.

Tiggywinkles Wildlife Hospital/Facebook

Entah bagaimana burung burung camar ini boleh menjebakkan diri ke dalam salutan kari.

Tiggywinkles Wildlife Hospital/Facebook

Kari itu menyaluti seluruh bulu burung ini yang menghalangnya daripada dapat terbang dengan baik.

Selain daripada warnanya yang menarik perhatian serta bau kari yang menusuk hidung, burung burung camar ini dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat.

Tiggywinkles Wildlife Hospital/Facebook

Pasukan veterinar kemudian memandikan burung camar yang dinamakan Vinny sempena nama kari Vindaloo, untuk membersihkan bulunya. Vinny telah berjaya dibersihkan walaupun kari itu meninggalkan kesan degil pada ketika mereka menyental badan dan bulunya.

Mereka berkata Vinny kelihatan hebat dan kuat sungguhpun dia berasa tidak selesa dan sedikit terganggu ketika dimandikan.

Vinny kini kelihatan sihat dan baik-baik sahaja serta akan dilepaskan untuk terbang dengan bebas tidak lama lagi.

Tiggywinkles Wildlife Hospital/Facebook

Hospital Wildlife Tiggywinkles menulis di Facebook, "Seperti yang kami selalu katakan, kami tidak pernah menjangka apa-apa kerana apa sahaja boleh datang di hadapan pintu kami pada masa hadapan. Terima kasih kepada mereka yang prihatin kerana telah menyelamatkan Vinny."

: Bored Panda

Tersalah anggap sebagai burung eksotik ketika diselamatkan, rupa-rupanya ialah seekor burung camar yang terendam kari Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com