EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Rasa Terpanggil Bagi Bantuan, Neelofa Sumbang 15 Katil Pesakit Covid-19 Bernilai RM90,000

0 month ago, 11-Jun-2021

Baru-baru ini dikhabarkan pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa telah mengambil inisiatif membuat sumbangan 15 buah katil elektronik bernilai RM90,000 untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Melaka.

Perkara itu telah disampaikan oleh seorang doktor perubatan, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital tersebut di laman Instagramnya.

Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid di Hospital Melaka.

15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk merawat pesakit Covid-19.

Pesakit Covid-19 sampai terpaksa duduk di lantai

Posting tersebut kemudian diulang kongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Aznil Hisham. Menurutnya, sebelum ini Dr Rahman pernah memaklumkan mengenai kekurangan katil di hospital tersebut sehingga pesakit terpaksa duduk di lantai.



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...