www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ternyata Wanita Yang Paling Comel Dalam Alam Semesta Adalah Janda

0 month ago, 13-Feb-2019




Meskipun sudah mempunyai dua orang cahaya mata, namun Fasha Sandha masih lagi kekal jelita seperti anak dara. Sejak bergelar tunang kepada pelakon Aidil Aziz, semakin berseri-seri wajah Fasha Sandha. Bukan itu saja, Fasha juga kelihatan semakin langsing.

Baru-baru ini Fasha ada berkongsikan gambar ekor kucing menunjukkan lambang status seorang wanita yang melalui empat fasa kehidupan iaitu ketika gadis, setelah berkahwin, apabila mempunyai anak dan menjadi janda.



 sekadar gambar hiasan



Menurut Fasha, foto tersebut jelas menunjukkan wanita yang paling comel adalah janda.

Tiba-tiba ramai orang letak gambar ni dan jadi viral.. Ternyata kat sini yang paling comel adalah janda. Macam-mana ni?, tulisnya.

Perkongsian Fasha mendapat perhatian ramai yang bersetuju dengan pendapatnya itu dan memuji kecantikan Fasha. Rata-rata netizen terutama wanita turut berasa hairan mengapa ketika bersuami serabai dan selekeh tetapi bila bergelar janda baru nak berhias.



Tidak kurang juga ada yang mengatakan, ramai janda di luar sana cantik dan meletop kerana mahu membalas dendam dengan bekas suami.  Namun, ada yang tidak bersetuju dengan pendapat pelakon itu dengan mengatakan ramai wanita diluar sana nak elak dari menjadi janda.

Setiap orang ada pendapat mereka masing-masing.  Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Fasha dan Aidil yang bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung bulan Mac ini.


: rotikaya

BACA: Fasha Sandha, Aidil Aziz Nikah Hujung Mac Ini



Mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu, Fasha Sandha dan tunangnya, Aidil Aziz bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung bulan Mac ini.

Menurut Fasha, majlis nikah dan bersanding akan diadakan di di Perlis, manakala majlis sebelah lelaki pula akan di adakan di Rembau, Negeri Sembilan. Ujarnya lagi, mereka tidak akan berahsia mengenai hal ini.

Saya dan Aidil memang merancang nak nikah hujung Mac ini. Majlis diadakan di Perlis atas permintaan mak saya. Malah, untuk majlis nikah akan dibuat di masjid.

Kami takkan berahsia. Insya Allah, saya akan berkongsi lanjut dan menjemput rakan media untuk hadir.

Untuk majlis di sebelah lelaki pula, perancangannya pada April. Pada majlis itu, kami turut menjemput peminat hadir. Jumlah jemputan 5,000 orang, katanya kepada Harian Metro.

Tinggal dua bulan saja lagi sebelum majlis perkahwinannya akan berlangsung, Fasha memberitahu dia masih belum membuat sebarang persiapan kerana jadual kerjanya sangat padat.

Macam sekarang saya masih sibuk berlakon dan penggambaran drama Patah Sayap Bertongkat Paruh dijangka tamat pada 18 Februari. Kemudian, saya ada projek lain yang menanti.

Ada dua bulan lagi sebelum majlis. Sejujurnya, saya belum ada sebarang persiapan. Berbanding Aidil, dia sudah buat sedikit demi sedikit seperti beli kain untuk keluaganya.

Perancang perkahwinan sudah ada, tetapi saya belum ada masa untuk berjumpa dan berbincang. Saya nak selesaikan dahulu soal kerja baru boleh fikir mengenai majlis kahwin, katanya.

SUMBER  HARIAN METRO

copyright 2018 All rights reserved

BLOGMAZEER.COM



SUMBER : viralpurba.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts