EdisiViral.Com Search Guest Post Login

2 termasuk bayi maut dalam serangan

0 month ago, 10-Oct-2019

AKAKALE (TURKI) : Dua orang termasuk bayi maut manakala 46 lagi cedera selepas Turki melancarkan serangan darat ke wilayah Syria di bandar sempadan hari ini, kata jurucakap pejabat gabenor tempatan.

Menurut jurucakap itu, kematian pertama dalam serangan terbabit membabitkan bayi lelaki berusia sembilan bulan, Mohammad Omar dan Cihan Gunes iaitu seorang kakitangan awam pejabat percukaian di Akakale, katanya.

Wartawan AFP di lokasi kejadian melihat berlakunya beberapa letupan selain tiga orang awam cedera termasuk salah seorangnya parah selepas tembakan meriam terkena sebuah bangunan kerajaan.

Serangan turut dilaporkan berlaku di Ceylanpinar.

Tentera Turki yang disokong kumpulan pemberontak Syria mula melancarkan serangan itu dalam sebahagian operasi terhadap puak Kurdish.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 11:13 PM


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...